Dalam Diam Pas Selangor Hantar Senarai Calon MB Mereka Sendiri...


Pendirian Pas dalam isu calon Menteri Besar semakin mengelirukan dan 'berbelit' apabila maklumat terbaharu menyatakan Pas negeri sudah mencalonkan empat nama dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapat perkenan.

Ia bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali malam tadi bahawa Pas tidak akan menuntut jawatan berkenaan malah hanya mencalonkan tiga nama daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber dalaman Pas berkata, nama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merangkap Presiden PKR dan timbalannya, Azmin Ali juga tidak tersenarai sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Pas negeri di sini malam tadi yang turut dihadiri Mustafa.

Empat wakil rakyat yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Sallehen Mukhyi; Bendahari Pas negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi dan ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan.

"Senarai empat nama itu adalah mewakili suara serta kehendak kepimpinan dan ahli di peringkat akar umbi yang mahukan jawatan Menteri Besar diwakili pemimpin Pas Selangor.

"Pas Selangor mempunyai ramai tokoh berkelayakan untuk menduduki jawatan Menteri Besar. Selain itu, senarai tersebut mengambil kira keadaan politik semasa di Selangor ketika ini yang menyaksikan Pas telah banyak memberi pengorbanan dalam memastikan kemenangan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 dan 2013," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas sumber itu lagi, meskipun Mustafa malam tadi menegaskan Pas hanya mencalonkan nama daripada PKR, keputusan muktamad mengenainya masih bergantung kepada perbincangan di antara jawatankuasa di peringkat Pusat.

"Bagaimanapun, cadangan calon-calon Menteri Besar itu adalah daripada Pas Selangor. Terpulang kepada pertimbangan Pusat untuk menentukan langkah seterusnya yang difikirkan sesuai," ujar sumber itu.

Sementara itu, Iskandar yang ditemui pemberita hari ini menafikan penghantaran empat nama calon Menteri Besar daripada Pas negeri termasuk nama beliau, sebaliknya tegas beliau, pihaknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk membuat keputusan dalam perkara tersebut.

"Pas Selangor tidak akan menghantar nama calon Menteri Besar. Kita serahkan kepada Pas Pusat membuat keputusan untuk diserahkan kepada Istana sebelum 3 September ini," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Usaha untuk mendapat pengesahan daripada Sallehen, Ahmad Yunus dan Mohd. Haslin tidak berjaya berikutan panggilan ke telefon bimbit mereka tidak dijawab manakala khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dibalas.

Selasa lalu, PKR dan DAP menerusi kenyataan bersama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua memutuskan akan tetap mempersembahkan nama Wan Azizah kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar.

Dalam kenyataan bersama itu, mereka mendakwa pencalonan Wan Azizah adalah selaras dengan konvensi pakatan pembangkang pada 2013 yang mengemukakan hanya satu nama untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar.

Selain nama Wan Azizah dan Azmin, ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad turut disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang mewakili PKR. Sumber: Laman Reformasi

Comments

Anonymous said…
Kalau betul eloklah ,kami pun tak berselera dengan mana-mana ADUN PKR utk jadi MB .
Anonymous said…

Stopa spender SU pas pis pus bukan orang paS TULIN, MANA dia pernah pakai serban dan jubah janggut pon tak sampai sejengkal cakapnya juga kalut serupa munapik bukan parti islam pas tulin.
dalam pas nipon ramai sangat yg gila kuasa didalangi fahaman DAP dan PKR, kerana teringgin kuasa dunia pas jual murah serupa jalang murahan dan sanggup jadi kuda kayu malah lembu dicucuk hidung untuk terus hidup dengan slogan konon dia lebih islam dari orang lain.

islam ajaranya tidak songsang ikut acuan pas, APA HUKUM AHLI PAS BERSEKONGKOL DENGAN MUNAFIK, KAFIRUN DAN LGBT, soalan begini pas bisu tak akan jawab.

apa ke bodohnya pas, nak lantik orang sendiri jadi MB pon bacuL takut kena sumpah nuar brahim, INIKAH pondan-pondan tua yg nak dijadikan sandaran kepada servival bangsa melayu, islam dan negara???
Anonymous said…
PAS is for Selangor, that's final..bring back the glory of Selangor....limited massage parlour,limited toddy shop....beers and liquor, limited vice dens...etc..islam is the answer to prosperous Selangor...
Anonymous said…
Pas jadi MB. BN and TSKI jadi Adun pro govt. PKr dan Dap jd pembangkang dan boleh gi mampussss. Say no to pro kafir.
Anonymous said…
Alhamdullillah jika benar PAS.dah buat keputusan...macam ni la baru orang bolih cakap PAS memang JANTAN ...bukan BACUL
Anonymous said…
Pas masih BACUL!!! Payahnya nak mengaku minat dgn jawatan MB kerana memang LAYAK. Kerusi paling banyak di dewan undangan negeri, tetapi penakut nak tuntut hak macam cencorot takutkan kucing. Padahal kucing tak selerapun nak.makan csncorot. Memang dah jenis penakut dan bodoh, nak buat macamana....
Anonymous said…
DYMM Sultan Selangor berhak untuk menolak sebarang surat cadangan mengenai calon MB dari DSWA yang mewakili PKR, LGE yang mewakili DAP dan TGHH yang mewakili PAS.

Jawatan MB Selangor adalah satu jawatan di peringkat negeri dan bukan jawatan di peringkat kebangsaan.

Maka surat cadangan hanya boleh diterima melalui PKR Selangor, DAP Selangor dan PAS Selangor.
Anonymous said…
klu dr ahmad yunus jd mb,habis lah selangor... dap tepuk tgn...dulu bila d tanya ttg isu arak dan babi, dia kata dap tu pandai cakap ....
bila suruh bergabung ngan bn, dia cakap kita x boleh tinggalkan kwn2 pakatan kita yg lain...aduuuai..habis lah...
Anonymous said…
Saya setuju 1000% , tapi masalah tidak akan selesai jugak . PKR dan DAP + 2 ADUN PAS yg Khianat tak sokong . Walaupun UMNO sokong , DAP dan PKR masih majoriti . So , ADUN2 PAS tetap tidak boleh di lantik jadi MB .

DYMM Sultan Selangor pada budi bicara baginda boleh melantik MB yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor . PAS awal2 lg tak dapat sokongan majoriti .
Anonymous said…
Saya setuju 1000% , tapi masalah tidak akan selesai jugak . PKR dan DAP + 2 ADUN PAS yg Khianat tak sokong . Walaupun UMNO sokong , DAP dan PKR masih majoriti . So , ADUN2 PAS tetap tidak boleh di lantik jadi MB .

DYMM Sultan Selangor pada budi bicara baginda boleh melantik MB yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan majoriti dalam DUN Selangor . PAS awal2 lg tak dapat sokongan majoriti .

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID