DRE1M FUND: Berita Baik Bagi Yang Sedang Mencari Dana...


Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan. 

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial. 

Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:

1. Memohon melalui laman sesawang www.im4u.com.my < Dre1m Fund < Apply for funding. 


2. Daftar/log masuk dengan Facebook dan lengkapkan borang-borang yang diberi. 




3. Sebaik-baik sahaja borang-borang dilengkapkan, semua maklumat akan die-melkan ke pasukan 1M4U DRE1m secara automatik.


4. Permohonan akan dicetak dan dihantar ke jawatankuasa 1M4U untuk diteliti dan disenarai pendek. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu. 

5. Bagi pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel untuk meminta cadangan rasmi, latar belakang, dan bajet yang diperlukan untuk menjalankan projek. 


6. Berikut merupakan contoh tindak balas dari pemohon yang telah disenarai pendek dengan maklumat yang berkaitan. 


7. Setelah lengkap semua formal, bajet, cadangan, dan latarbelakang, jawatankuasa iM4U akan mengadakan kajian terakhir dan meluluskan cadangan tersebut. Cek akan dikeluarkan sebaik sahaja kelulusan diterima. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya 1-1.5 bulan. 


8. Semua permohonan yang berjaya perlu menyiapkan projek-projek dan menyediakan laporan mengenai projek tersebut berserta dengan bil, gambar, video dan bahan-bahan lain yang diperlukan. 

KELAYAKAN PERMOHONAN 

· Mestilah berwarganegara Malaysia 

· Individu yang berumur 18-40 tahun atau badan organisasi 

· Badan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan 

· Entiti undang-undang Malaysia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Belia 

· Lokasi projek di Malaysia 

· Permohonan maksimum adalah sebanyak 2 kali secara kolektif bagi setiap individu 

Untuk maklumat lanjut sila klik banner JOINT 1M4U DI ATAS.

Comments

Anonymous said…
Orang melayu jangan buang masa nak mohon mesti tak akan dapat punya macam dana2 lain kerajaan(kecuali BR1M sebab nak undi).Orang bukan melayu akan dapat dengan cepat. Tak percaya?Cuba tengok iklan ini maklumbalas email daripada Edwin Moses.Kita semua tahu game Ah Jib Gor yang masih tak putus asa nak beli undi bukan melayu dengan cara macam ni.Syarikat milik bumiputera mohon pembiayaan dari SME Corp(agensi kerajaan) di tolak dengan berbagai alasan tetapi syarikat yang sama menukar pemilik kepada cina diberi pembiayaan berjuta-juta.Nak bukti aku boleh tunjukkan.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.