Breaking News
Loading...
January 27, 2016

Info Post

Pensyarah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan masyarakat Cina agar tidak terlalu banyak kerenah dalam isu sekolah aliran Cina.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan orang Melayu terlalu banyak bertoleransi kepada sekolah berkenaan yang tidak pernah ada di negara lain kecuali Malaysia.

Dengan mengambil contoh isu guru Melayu yang ‘diserang’ oleh bapa murid ultra kiasu di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Mersing baru-baru ini, Ridhuan berkata insiden itu patut membuka mata semua pihak.

“Apakah ia tidak rasis, apabila guru besar ultra kiasu tersebut meminta guru berkenaan meletakkan jawatan dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah supaya memindahkan guru berbangsa Melayu daripada berada di sana. Alasannya, guru Melayu tidak layak mengajar di sekolah Cina. Tidak kompeten, malas dan tidak memberi kerjasama.

“Saya tidak menuduh semua SJKC sebegitu, tetapi bagi sesiapa yang mengkaji dan mengikut perkembangan SJKC, persepsi sebegini memang suatu yang lumrah dalam kalangan mereka yang ultra kiasu,” kata Ridhuan Tee menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.

Beliau turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM) bertindak tegas dalam isu berkenaan kerana pertamanya ia akan meracuni pemikiran murid menjadi rasis dan guru Melayu yang ditindas itu sepatutnya dikekalkan, bukannya ditukar. sumber: kliksini

6 comments:

Anonymous said...

Mana melayu yg duduk di kementerian ada telor

KZSO said...

Menteri ikut telunjuk teloq pm..pm takdak teloq, menteri lain pon takdak teloq

Anonymous said...

Sape yg buat polisi ? menteri melayu,
Menteri Melayu yg mana? melayu UMNO
sape yg sokong UMNO? orang melayu juga

Kau yg sokong, kau org juga yg marah
cuba lah salahkan diri sendiri dulu

Melayu kena belajar jadi KURANG AJAR dgn pemimpin melayu, jangan asyik tak pe, tak pe

Anonymous said...

dunia dah maju, masih ada lagi di takuk lama dgn isu bangsa....kaakkakaka.....ni nak crita lain ni - sesiapa boleh dermakan 260 hinggit kang aku bagi balik???kakakakaka

Anonymous said...

Dunia dah maju buat apa pergi masuk sekolah ikut kaum. Dunia dah maju beb semua kaum kena bergaul sama.

Anonymous said...

ada bangang tak reti bezakan adat dan tradisi dari perkauman...