KHALID BARUA DAP NAK PELINGKUP SHAH ALAM


Al-kisah si khalid gagap ingin membantu dap untuk bertapak di shah alam yang mejoritinya di duduki oleh orang melayu, terbinanya i-city menjadi laluan mudah untuk dap menggunakan khalid untuk mereka mendapat tempat di shah alam.

I-City adalah anak syarikat I Berhad, sebuah syarikat 50-50 milik Permodalan Nasioanal Berhad (PNB) semasa khalid menjadi bossnya dulu, owner I-Berhad, Dato Lim Kim Hong adalah sahabat baik khalid, sewaktu I-City dalam pembinaan dulu, mereka telah merampas tanah sebuah estet yang dikenali sebagai ladang midland (kalau tak silap) mereka merampas tanah-tanah milik pekebun kelapa sawit tampa memberi mereka tempat tinggal alternatif, senang cerita pekerja estet tu di halau keluar oleh kawan khalid owner i-city tu.

Jadi kerajaan negeri selangor ketika itu dibawah pentadbiran Khir Toyo terpaksa membantu perkerja-perkerja estet ini untuk mendapatkan rumah untuk mereka, setelah puas bertegang leher antara kerajaan negeri dan syarikat i-city, akhirnya syarikat i-city bersetuju untuk memperuntukan sejumlah bidang tanah untuk dijadikan sekolah rendah tamil, hanya itu sahaja yang i-city termampu nak bagi, maka kerajaan negeri ketika itu terpaksa pula memberi para perkerja estet ini rumah untuk mereka, sekarang ini siapa yang pergi ke seksyen 7 (baru) shah alam, ada 2-3 block flet pkns kos rendah, itu lah rumah yang kerajaan negeri pimpinan khir toyo sediakan untuk mereka, harga tawaran yang mereka dapat lebih kurang bawah rm 30 ribu ringgit.

Bila pakatan haram perintah negeri selangor, perjanjian untuk sebidang tanah untuk dijadikan sekolah tamil lenyap sama sekali, tanah yang asalnya untuk sekolah tamil kini bertukar statusnya kepada pangung wayang, gelanggang bowling, taman tema dan tak terkecuali kelak akan didirikan pub, disco, karaoke, spa dan lain-lain pusat maksiat.



Soalnya sekarang ni, cukup kuatkah surat yang di keluarkan oleh Pejabat KDYMM Sultan Selangor untuk menghalang premis perjudian dan maksiat dari beroperasi di kawasan i-city tu? berani ke khalid ibrahim melarang cita-cita kawan dia tu? perlu kita ingat, tatkala Tuanku memberi amaran lisan menghalang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik, pun pakatan haram tetap juga gunakan masjid dan surau untuk berpolitik, siap jemput sikafir xavier berceramah dan kita juga perlu ingat si khalid ibrahim bukan politician, dia ahli koprat, ahli koprat semacam khalid ni tidak pernah memikirkan kebajikan, ahli koprat seperti khalid ni hanya mementingkan untung dan duit semata-mata, sampaikan upah servis kereta dia pun, dia claim pakai duit kerajaan negeri, punya la kedekut, malah duit tabung masjid pun dia nak laburkan di tempat-tempat pelaburaan yang di curiga halal haramnya, atas alasan khalid, boleh mendatangkan keuntungan.

Jadi penduduk shah alam janganlah terlalu percaya yang khalid tidak akan membenarkan kawannya tu mendirikan pusat maksiat di shah alam, kenapa det kata macam tu? pasal khalid ni telah terlalu banyak termakan budi dengan lim kim hong ni, kalau korang nak tahu mane khalid dapat duit untuk beli saham guthrie? korang baca sini, tahun lepas lagi det dah keluarkan cerita pasal perangai khalid ibrahim dan hubungan dia dengan syarikat i-berhad/i-city ini.

Comments

Jas Salleh said…
Apa susah bro.

Mohon sahaja perintah INJUKSI terhadap I-City Berhad dan perintah LARANGAN TERHADAP KHALID / KERAJAAN NEGERI SELANGOR daripada membuat/membina sebarang pusat maksiat dan memberhentikan projek I-City itu atas alasan :-

1. Bahawa pembinaan I-City Berhad itu adalah merusakkan dan menggangu ketenteraman awam dan perlanggaran hak-hak pengundi yg bukan penyokong parti POLIPOP (Politik Popler).

2. Bahawa rancangan pembinaan tersebut merupakan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kuasa nya sebagai Menteri Besar.

Bukan susah sangat pun dan kos nya pun tak sampai dalam RM100,000.00. Kemudian jangan lupa mintak KOS PROSIDING DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR POLIPOP.
Jas Salleh said…
Juga mohon PEMBATALAN KONTRAK/AWAD antara I-CITY BERHAD dengan KERAJAAN POLIPOP NEGERI SELANGOR atas alasan bahawa KONTRAK tersebut mengakibatkan sesetengah pihak menjadi 'AGGRIEVED PARTIES' dan kerajaan Negeri POLIPOP bertanggungjwb ke atas kebajikan dan mengabaikan kebajikan para pengundi.

Takpun mari kita buat SOLAT HAJAT BERAMAI-RAMAI KASI ITU PROJEK SAMA ITU PEMEGANG SAHAM DAN BOD I-CITY TERIMA BALA'
Ms Pearl said…
I worked with Dato Lim' Son, Ricky Lim (company I computer) very long time ago.

All I have to say hmmmm Anak melayu dipandang sebelah mata je dalam company Dato Lim ni.....

i guess kerajaan kena ambil tau la perihal company company cina yang sebenarnya dah lama mendiskriminasikan anak melayu.

"the truth is guly"
Ashley Ahmed said…
Salam,

ewah berdangdut sakan

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID