ROS, si pendaftar pertubuhan sikapnya amat berbeza dengan parti komponen MIC, kalau MIC di arahnya supaya buat pemilihan semula, sedangkan hanya segelintir sahaja pemimpin dan ahli yang tidak sebulu dengan presiden MIC sekarang iaitu G.Palanivel. Kenapa sikap ROS berbeza dalam kes DAP...? semua sudah maklum, dalam kes DAP, pemilihan jawatankuasa pusat CWC mereka adalah tidak sah, bukan sedikit laporan polis dan laporan yang di buat oleh ahli-ahli DAP mengatakan bahawa pemilihan parti itu tidak sah dan korup... Tetapi sampai sekarang, ROS tak berani nak bagi apa-apa arahan kepada DAP untuk di buat semula pemilihan CWC seperti mana yang ROS arahkan kepada MIC... Logiknya, bagi MIC, Palanivel adalah presiden yang sah di pilih oleh perwakilan, tidak ada apa-apa kepincangan atau salah laku yang di laporkan sewaktu pemilihan peringkat tertinggi MIC, bila berlaku kekecohan dalam MIC, ROS dilihat berat sebelah, ROS menghantar empat orang pegawai dalam mesyuarat Interim Jaw...