Sabar Ada Batasnya, Melayu Pun Ada Hak Untuk Berkumpul...
Sama ada kita sedar atau tidak, di sengaja atau kebetulan - media2 arus perdana seolah2 tidak mempromosikan program himpunan rakyat 16 September ini
Kebanyakan siaran media yg di keluarkan berbentuk agak negatif dan mengharapkan program itu d batalkan
Saya melihat beberapa akhbar utama semalam dan hari ini, berita utama berkaitan himpunan ini adalah larangan pihak polis dan juga bantahan dr parti Kompenen BN serta NGO agar himpunan ini d batalkan
Pada pendapat saya, besar kemungkinan pihak2 tertentu di atas juga tidak menyetujui himpunan ini di adakan.
Namun Keghairahan dan sokongan Ketua2 Umno Bhgn, Ahli Akar Umbi dari Umno, PAS dan NGO Islam sukar di bendung olh pihak atasan.
Pihak yang tidak mahu himpunan ini di adakan perlu sedar bahawa kemarahan Orang2 Melayu begitu meruap sekali selepas melihat peserta Bersih 4 Memijak Gambar Dato Seri Mohd Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia serta Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di pijak dan di malukan dengan begitu teruk sekali
Orang Melayu begitu rasa terhina dan amat tercabar dengan kebiadaban melampau peserta2 Bersih 4 seperti yg di paparkan oleh media massa .
Keadaan ini di burukkan lagi dengan kegagalan pihak polis menangkap dan mendakwa mereka yang terlibat dalam tempoh waktu yg agak lama, sehingga terbunyi di hujung telinga - kalau kena ke melayu sekejap saja dah di gari !!!
Justeru itu orang Melayu merasakan bahawa Himpunan 16 September nanti adalah waktu terbaik meluahkan kemarahan dengan cara yg beradap iaitu berkumpul secara aman seramai mungkin agar isyarat yg jelas di terima oleh pihak2 yang memperlekeh bangsa Melayu selama ini.
Melayu pantang di cabar dan sabar Melayu ada batasnya. Cuma itu isyarat yang ingin di sampaikan dalam himpunan rakyat 916
Akhirnya saya berharap marilah semua pihak berganding mahu mempromosi himpunan ini agar lautan merah dapat menyampaikan mesej dengan jelas agar keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia yang di pimpin Melayu selama ini terus cemerlang dan di pertahankan.
Mohd Zaidi Hj Mohd Said
Putrajaya
8 September
Comments