Posts

Showing posts from September, 2016

MCA- Usaha Men "China" kan Malaysia?

Image
1) Saya menyambut baik dan menyokong laporan akhbar di Sinar Harian tulisan tokoh wartawan Negara A.Kadir Jasin, berjudul “Bahaya terlalu rapat dengan China” 2)Beliau memberikan beberapa fakta yang sangat relevan agar kita sama-sama perhalusi dalam keadaan politik negara yang semakin rapuh. Antaranya adalah jalinan kerjasama terus antara MCA (Persatuan Cina Malaysia), dan Parti Komunis China (CCP). 3)MCA dan CCP (Parti Komunis China) berikrar, akan mempertingkatkan perkongsian pengalaman di kalangan pemimpin kedua-dua buah parti. Sepanjang mengikuti perkembangan isu One Belt One Road (OBOR) beberapa tahun lepas di surat khabar milik MCA, The Star, (anda boleh melihat laporan khusus mengenai isu ini, tidak di akhbar lain) perhubungan politik MCA dan CCP dilihat terlalu akrab, ibarat abang dan adik. 4)Campur tangan China secara terus dengan mengunakan MCA sebagai pembantu. Hal ini boleh diperhatikan melalui tindakan Duta China, Huang melawat Petaling Street pada 29 Septe...

Realiti Kini, Anak Muda Sudah Tidak Hirau Lagi Dengan Politik Dan Perkauman...

Image
1. hidup ibarat kais pagi makan pagi... 2. saya yang sepatutnya menyara mereka bukan sebaliknya... 3. pendapatan minima RM9000 sebulan untuk beli rumah. 4. banyak pasapuri dan rumah di KL kosong... 5. jadi rumah-rumah itu untuk siapa...? 6. kos peperiksaan terlalu tinggi... 7. belajar tinggi-tinggi akhirnya mengemis juga... 8. anak-anak muda melayu kini sudah tidak hirau lagi dengan isu-isu politik dan perkauman... 9. apa yang lebih penting adalah survival... Selebihnya korang tengok sendiri... Inilah luahan hati generasi muda sekarang...

SELAMAT MENYAMBUT HARI ATM...

Image
Kepada seluruh warga ATM, Selamat Menyambut Hari ATM yang ke-83. Pengorbanan mu kami sanjung tinggi...

Jumlah Kerusi Yang Di Menangi Oleh BN Dan Pembangkang Dari tahun 1990 Hingga 2013

Image
Korang tengok betul-betul semua nombor ini, pas tu pi kedai KTM korang tikam la... hahahah Ok-ok korang tengok betul-betul semua nombor ni, aku akan tulis nanti kenapa aku keluarkan bendalah ni... Aku akan xplain satu persatu setakat yang aku tahu dan aku ingat...

Ayuhh Kita Saman Muhyiddin, Jom Pertahankan Najib...

Image
Bile kita nak saman muhyiddin nie...? Nama baik najib kita harus pertahankan...

Sahkan Najib MO1, PAS Ucap Terima Kasih Kepada Rahman Dahlan...

Image
Pas menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan kerana didakwa mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ (MO1) adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, apa yang menimbulkan tanda tanya apakah pengakuan ini mendapat persetujuan Kabinet dan juga Perdana Menteri. "Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat ada asasnya? Jika tiada asas, masakan boleh samakan MO1 itu ialah PM? "Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO1 bolehlah beliau bantu menjawab apakah betul duit 1MDB yang telah masuk ke akaun PM dan apakah cerita bahawa duit di akaun itu daripada dermawan Arab itu dongeng semata-mata?," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Rahman sebelum ini dipetik sebagai mengesahkan bahawa MO1 yang dirujuk sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DO...

FAM Yang Pekak Badak...

Image
Kata setiausaha agung fam: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menyiasat individu yang menyerahkan pemacu pena atau ‘pendrive’, didakwa mengandungi bukti ketirisan badan induk bola sepak itu, kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit selepas mengetahui isi kandungan sebenar pemacu pena itu daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. “Setakat ini, kita tidak tahu lagi siapa sampaikan maklumat kerana kita biarkan perkara (maklumat dalam pemacu pena) tersebut disahkan terlebih dahulu oleh menteri. “Kalau ada kakitangan atau pegawai yang membocorkan rahsia ini sudah tentu tindakan tegas akan diambil. Kami telah berbincang dengan barisan exco dan kita lihat perkembangan selanjutnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. Sepatutnya FAM menyiasat siapa individu yang terlibat dalam ke...