PH SUDAH MULA GUNA MEDIA ASING SERANG MALAYSIAN DAN AGONG



Baru-baru ini, New York Times menyiarkan satu rencana yang mendakwa bahawa demokrasi di Malaysia sedang tenat. Tidak banyak hujah untuk menegakkan benang basah ini, kerana telah memetik hujah bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah merampas kuasa daripada Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri, mengabaikan fakta bahawa krisis ini walaupun hanya mula diketahui apabila bermulanya Langkah Sheraton, kesannya mulai menjadi air bah yang tak terhalang apabila Tun Mahathir tetap dengan keputusannya untuk meletak jawatan. Yang pasti, si penulis itu takkan tahu kerana hanya menulis semula berdasarkan makklumat yang diberikan kepadanya, menulis dari suatu tempat yang jauh. Dalam hal ini, rencana tersebut telah ditulis di Bangkok.

Ada antara pembaca yang mengatakan rencana tersebut bersifat objektif, berbeza daripada apa yang saya sedang beritahu anda sekarang.

Mereka-mereka ini, saya dapati, termasuklah dalam kehidupan seharian saya, adalah individu yang bijak dan pandai yang telah lama didedahkan kepada ide-ide luar. Jangan terkejut sekiranya anda bertanya kepada mereka mengenai hak-hak di yang termaktub dalam perlembagaan, mereka ini amat petah berbicara mengenai hak-hak ini, cuma, apa yang mereka bicarakan itu bukanlah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 

Apa yang saya nyatakan di sini adalah terlalu ramai rakyat Malaysia tidak memahami bagaimana sistem politik dan pentadbiran Malaysia berfungsi. Mereka tidak memahami kenapa kita mempunyai seorang Yang DiPertuan Agong, dan kenapa kita ada 8 lagi Sultan-Sultan lain. Mereka tidak faham kenapa Yang DiPertuan Agong berubah setiap 5 tahun. Mereka tidak faham pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mereka juga tidak faham apabila mereka mengundi untuk pilihanraya peringkat negeri, ianya tidak memberi kesan ke atas siapa yang dilantik menjadi Perdana Menteri. Terbaru, mereka tidak memahami seorang Senator, yakni ahli Dewan Negara, tiada kuasa menentukan siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri. 

Sebenar-benarnya, demokrasi kita adalah sistem demokrasi berstruktur dan berperingkat. Seorang pengundi di peringkat paling asas membuang undi bagi memilih siapa yang dia percaya adalah terbaik untuk mewakilinya. Undi itu boleh dibuang berdasarkan garis parti, atau keupayaan, atau kepentingan bersama. Selepas seseorang wakil dipilih, dia dan rakan-rakan seangkatannya akan mengundi siapa di kalangan mereka sebagai wakil mereka kepada Pemerintah. Dengan kata lain, Perdana Menteri adalah ketua kepada semua wakil-wakli rakyat bagi mewakili mereka kepada Seri Paduka Baginda. 

Malahan, sistem Raja Berpelembagaan kita adalah unik. Yang DiPertuan Agong, dengan jawatan rasmi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah jawatan yang dilantik dari kalangan anggota tetap Majlis Raja-Raja berdasarkan undi. Anggota Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada 9 orang Sultan-Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Besar berfungsi menjaga kepentingan rakyat-rakyat mereka, yakni kita. Sistem yang menarik ini mendahului penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (dan Malaysia) ini telah ditubuhkan British pada tahun 1897. Tapi akar umbi sistem ini wujud jauh lebih awal.

Majlis Raja-Raja kita hari ini adalah mirip kepada sistem monarki yang diamalkan oleh Negeri Sembilan, di mana golongan bangsawan bergelar Undang memilih di antara mereka siapa yang akan menjadi Yang DiPertuan Besar. Sistem itu sendiri diwarisi dari Pagar Ruyung di Indonesia hari ini. 

Dengan kata lain, sistem demokrasi dalam bentuk lain juga diamalkan di kalangan monarki kita.

Monarki kita itu sendiri adalah wajah kepada Malaysia. Tanpa monarki kita, Malaysia yang kita kenali hari ini sudah pasti tidak akan dapat wujud. Persekutuan Tanah Melayu mula-mula sekali ditubuhkan pada 1 Februari 1948 setelah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja. Adalah daripada penubuhan persekutuan inilah yang mula-mula sekali membentuk Malaysia yang kita kenali hari ini. Sudah tentu, sebelum itu kita telah melihat penubuhan Malayan Union, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu tak Bersekutu.

Malahan, sifat masyarakat kita yang berbilang bangsa hari ini wujud atas perkenan Majlis Raja-Raja. Majlis Raja-Raja ketika itu memahami bahawa sifat masyarakat kita yang berbilang kaum dan telah berkenan untuk mengurniakan kerakyatan kepada bukan Melayu. 

Penubuhan Malaysia pada tahun 1963 hampir tidak berlaku bukan sahaja kerana penubuhan tersebut ditentang oleh Indonesia dan Filipina. Penubuhan tersebut juga hampir gagal kerana Baginda Sultan Kelantan telah murka kerana pandangan Baginda tidak diminta terlebih dahulu. Tetapi memandangkan Sultan-Sultan lain telah bersetuju, Baginda telah menerima seadanya. 

Itu adalah keistimewaan sistem demokrasi kita. Sistem itu berperingkat. Setiap peringkat menjaga segmen tertentu dalam masyarakat. 

Demokrasi bukanlah sistem yang setara dan tidak mungkin setara. Demokrasi Malaysia tidak akan sesekali sama dengan sistem demokrasi Amerika Syarikat, mahupun sistem demokrasi Britain. Kita boleh menerima kaedah terbaik daripada kamu, dan kamu daripada kami, tetapi untuk mengaplikasikan piawaian kamu ke atas kami adalah salah sama sekali.

Teras demokrasi kita subur. Kita tidak perlu mengikuti acuan sesiapa, kerana kita bukan republik pisang kepada sesiapa, dan sebagai trivia kecil sebelum saya mengakhiri rencana ini. Frasa republik pisang itu sering digunakan untuk menggambarkan sebuah negara di mana rakyatnya ditindas, adalah rujukan khusus kepada beberapa buah negara Amerika Tengah. Kenapa pisang, ada antara anda mungkin bertanya. Honduras dan Guatemala adalah antara negara yang memperlihatkan kenaikan regim yang menindas rakyatnya sendiri, yang telah mendapat kuasa hasil tajaan syarikat buah-buahan dari Amerika Syarikat agar mereka mempunyai tanah dan sumber tenaga kerja murah untuk menanam pisang untuk dijual di Amerika Syarikat. Dan tidak ada sebarang bantahan pun di Amerika Syarikat. 

Jika difikirkan balik, apakah kepentingan Amerika Syarikat dalam Malaysia adalah kerana demokrasi semata-mata? Atau adakah kerana kedudukan strategik negara kita untuk membendung penguasaan China?

Betapa kita tidak suka dengan cara China cuba memaksa kehadiran mereka di Laut China Selatan, kita juga tidak selesa dengan campur tangan Amerika Syarikat dalam sistem kita. Ironik kan, memandangkan kamu sendiri tidak gembira dengan cara Rusia cuba campur tangan dalam pilihan raya kamu sendiri.

Biarkan kami kepada cara kami. Jika kamu hendak berbicara mengenai kami secara objektif, pelajari mengenai kami. Dan jangan pandang kami melalui tinta lensa kamu. 

Dan kepada saudara senegara saya, pelajarilah mengenai sistem kita, dan sekiranya anda hendak membawa perubahan, lakukanlah dalam sistem kita ini.

Rencana asal ditulis dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada 23 Mei 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID