Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Perdana Menteri menjelaskan Felda sebenarnya merupakan sebuah institusi yang berjaya dan telah mengubah lanskap sosio-ekonomi negara selain mempunyai simpanan tunai yang banyak. "Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion. "Siapa kata Felda bankrap...mana ada? Pengurusan Felda kata, jangan sebut tetapi banyak wang tunai kita ada dalam simpanan...(dan) selamat," katanya ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya hari ini. Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tim...