Loji Air Langat 2, Kenyataan Flip Flop Khalid Gagap...
Awal januari tahun ini khalid gagap bersetuju dengan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji air langat 2, ini kenyataan khalid aku ambil dari siasah.com Kerajaan Selangor akur kepada Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan Projek Loji Air Langat 2 yang menjadi kontroversi setelah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kepentingannya malah menolak andaian Kerajaan Barisan Nasional bahawa bekalan air di Lembah Klang tidak mungkin terjejas sekiranya projek ini tidak dilaksanakan dengan segera. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pejabat Menteri Besar lewat petang tadi menyatakan kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kerajaan pusat dalam menangani kemelut air di Selangor dengan memberi keutamaan untuk menyiapkan projek itu dengan segera sebelum isu penstrukturan semula industr air diselesaikan. Bagaimanapun kerajaan negeri perlu meneliti terlebih dahulu rancangan kerajaan persekutuan meneruskan projek itu kel...