Posts

Dan Keputusannya... SPR Menang Lagi Dan Azmin Kalah Lagi Dan Lagi

Image
2 keputusan mahkamah rayuan selang sehari. pertama merujuk kepada kes persempadanan semula negeri melaka. kemudiannya keputusan mahkamah rayuan untuk kes di selangor. dalam keputusan bersejarah ini, mahkamah rayuan telah memihak kepada SPR untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi ( melaka/selangor ) untuk tidak membenarkan SPR melakukan persempadanan semula di melaka dan selangor. pada minggu pertama hari raya, azmin ali dengan bangga bagitau beliau dokong keputusan mahkamah tinggi shah alam untuk tidak membenarkan proses persempadanan semula dilakukan di selangor. azmin kata ini kemenangan rakyat. bila mahkamah rayuan 2 hari lepas umum SPR boleh teruskan proses, harap azmin ali pun boleh cakap ini kemenangan rakyat. dalam kes melibatkan SPR dan lawannya bersih, semuanya di anjak dan diheret ke mahkamah. ini proses demokrasi, sapa yang tak puas hati , heret SPR ke mahkamah. di pihak SPR pula, tiada masalah untuk mereka berlawan hujah. mahkamah tempat terbaik unt...

Ezam Hilang Sejak Seminggu Lalu...

Image
SABAK BERNAM - Kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sejak seminggu lalu membuatkan sebuah keluarga di Sungai Lias, Sungai Besar di sini meminta jasa orang ramai membantu mengesannya. Ibu remaja terbabit, Norsa'odah Zakaria, 52, ketika ditemui berkata, kehilangan anak bongsunya daripada lapan beradik itu disedarinya pada Sabtu lalu selepas Ezam Muhammad Noor tidak pulang sejak mula keluar dari rumahnya pada hari yang sama kira-kira pukul 9 pagi. "Sampai ke hari ini anak saya (Ezam Muhammad Noor) tidak dapat dikesan. Puas kami sekeluarga cari di sekitar kawasan Sungai Besar dan Sekinchan tetapi tak jumpa," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Sungai Besar baru-baru ini. Tambah Norsa'odah, dia berharap anaknya itu dapat pulang semula ke pangkuan keluarga selain memaklumkan rasa bimbang jka kejadian yang buruk menimpa Ezam Muhammad Noor. "Sebagai seorang ibu, sudah tentulah perasaan bimbang terhad...

Persempadanan Pilihanraya: Betul Ke Azmin Menang SPR Kalah...?

Image
ada 2 perkara atau keputusan penting mahkamah tinggi dalam judgement mereka pada 5 julai lalu. 1) keputusan mahkamah tinggi pada 5 julai lalu membenarkan kerajaan negeri selangor  untuk menghalang SPR menyerahkan laporan kepada PM untuk dibentangkan kepada dewan rakyat . dan 1 ) MAHKAMAH PADA MASA SAMA TIDAK BERKATA UNTUK MENGHALANG SPR DALAM MENERUSKAN PROSES SIASATAN TEMPATAN UNTUK KALI KE 2 BAGI PERSEMPADANAN SEMULA NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU. dalam perihal politik yang membabitkan kebanyakan isu undang-undang atau mana-mana isu politik yang boleh diheret ke perundangan, mahkamah adalah tempat dan caranya untuk menyelesaikan masalah. sebelum ini pihak pembangkang sudah 7 kali mengheret SPR ke mahkamah untuk pelbagai isu yang mereka bangkitkan sejak tahun lepas.... SPR tak melatah atau berkata proses perundangan tak adil.  sebaliknya SPR lawan sampai habis.. keputusannya 7 kes ini akhirnya di menangi SPR di peringkat mahkamah lebih tinggi. ca...

Cadangan BODOH daripada BERSIH

Image
selama ini bersih dok mencanang sistem pilihanraya tidak adil. daripada fitnah pengundi hantu dan 40 ribu bangla ( yang sampai ke hari ini gagal dibuktikan ) hinggalah memekak kepada perkara perkara leceh yang sebenarnya tidak ada apa-apa pun yang perlu di bisingkan. kenyataan terbaru maria chin untuk menggesa SISTEM PENGUNDIAN UNDI POS DIHAPUSKAN merupakan satu lagi usaha tidak demokratik daripada bersih yang menafikan HAK PENGUNDI. harus difahamkan undi pos ini lebih terarah kepada golongan wartawan, pelajar-pelajar di luar negara, staf kakitangan malaysia di luar negara yang tidak boleh/sempat balik disebabkan faktor kerja dan pelajaran. menafikan hak puluhan ribu undi pos ini sebagai pengundi merupakan kerja anti demokrasi. di kala mereka menuduh SPR tidak bersih ( tuduhan yang banyak kalah dalam mahkamah ) ...mereka juga merupakan pemula untuk bertindak tidak adil kepada pengundi undi pos. http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/02/lets-have-no-more...

Sampai Sekarang BERSIH Masih Lagi Sebuah Pertubuhan HARAM...

Image
Soalnya sekarang ni, kenapa pendaftar pertubuhan ROS masih lagi membiarkan BERSIH bermahajaralela... Bukankah BERSIH sebuah pertubuhan haram? kenapa pihak ROS tidak berani mengambil tindakan terhadap BERSIH? minggu lepas maria chin pengerusi bersih umum satu benda. bersih nak lancar kutipan awam untuk mintak dana pru 14. mintak dana dan kutipan daripada public. kalau ikut undang-undang dah salah. tapi kerajaan sampai sekarang diamkan aje . ngo bersih juga telah bertahun beroperasi. kata maria, dia nak cari sekurang-kurangnya 500k untuk operasi setahun. bersih ni wujud sejak 2008. sekarang dah nak masuk 2018. hampir 10 tahun beroperasi ..TAPI SAMPAI SEKARANG BERSIH TAK REGISTER DENGAN ROS. ROS maksudnya pendaftar pertubuhan. sebagai ngo bukan profit sepatutnya bersih lebih telus untuk mendaftarkan diri dengan ROS. kenapa tak daftar ? apa yang hendak diselindungkan ?

Pembangkang Kering Modal, Timbalan Pengarah SPR Selangor Pula Di FITNAH...

Image
Berhubung laporan yang disiarkan dalam portal berita Free Malaysia Today yang bertajuk 'Only 1170 new military voters in Selangor - say EC' yang telah memetik nama saya sebagai memberi kenyataan berkaitan status senarai Tuntutan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun Pertama 2017  yang sedang dipamerkan.  Saya ingin menjelaskan bahawa pada hari berkenaan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan atau penjelasan kepada mana-mana pihak media berkaitannya.  Laporan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan salah tanggapan dikalangan pembaca. Sehubungan dengan itu, saya menyatakan rasa kesal terhadap pelaporan berkenaan yang melanggar etika kewartawanan dengan memetik nama saya sebagai sumber maklumat laporan berkenaan tanpa merujuk dan meminta kebenaran secara langsung dengan saya. Saya memohon supaya berita tersebut ditarik balik atau dibuat pembetulan dengan tidak menggunakan nama saya sebagai sumber laporan tersebut kerana saya tidak pernah m...

Memahami pembohongan pembangkang...

Image
Dulu mereka kata barisan nasional mengimport 40 ribu pengundi hantu dari bangladesh untuk turun mengundi dalam pru 13, tapi sampai sekarang pun pembangkang masih lagi belum buat polis report dan dapat memberikan bukti kukuh, tuduhan mereka hanya hearsays... Lepas tu pulak, untuk menyedapkan cerita, tak pasal-pasal dituduh pula, perdana menteri bangladesh pun turut bersekongkol dalam penghantaran 40 ribu pengundi hantu itu ke malaysia, sekali lagi pembangkang tak mampu beri bukti kukuh, tuduhan mereka berdasarkan satu cetakan akhbar yang telah di superimpose, mereka menipu kemudian mereka percaya dengan penipuan yang mereka buat... Yang ini paling lawak, masih ingat lagi ayat "we have enough numbers" itulah ayat power anwar ketika memperbodohkan rakyat dan penyokongnya konon ada ahli parlimen dari sabah dan sarawak akan melompat masuk pembangkang... Sekali lagi mereka cuba meyakinkan rakyat yang pembangkang sebenarnya telah menang dalam pilihanraya dan akan menubuhkan ...