Breaking News
Loading...
September 12, 2009

Info Post

Bila dengar Khalid Samad bercakap soal keadilan untuk penganut agama Hindu di negara ini det nak tergelak pun ada juga. apakah selama ini mereka tidak di layan dengan adil? apakah tersergam indah rumah berhala Batu Caves dan dihadapan pintu masuk Mid Valley itu bukan bukti toleransi dan keadilan umat Islam negara ini? Apakah kewujudan bagai mahligai rumah berhala Hindu di Sungai Way, Kinrara, Puchong, Klang, Shah Alam dan boleh dikatakan disetiap bawah jambatan, bukan bukti keadilan pemerintahan Islam di Selangor? Apakah pemberian cuti Thaipusam dan Deepavali di Selangor bukan bukti keadilan?

Kita ingin bertanya keadilan untuk siapa apabila Khalid Samad, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail meluluskan pembinaan rumah berhala di Seksyen 23 berhampiran penempatan majoriti penganut agama Islam tanpa mendapat pandangan mereka dahulu?

Keadilan ialah meletakkan sesuatu di tempatnya, bukannya bagi apa sahaja permintaan penyokong atau pengundi sehingga menindas hak orang lain.

Adil ke apabila mereka yang membeli rumah di kawasan tersebut yang berharga hampir 300 ribu tidak dipanggil untuk pendengaran awam sedangkan semasa membeli rumah langsung tiada cadangan pembinaan rumah berhala di dalam pelan pembangunan kawasan itu?

Keadilan untuk siapa? untuk rakyat atau untuk kepentingan politik Khalid Samad. Rodziah, PAS dan PKR?

Betul ke rumah berhala perlu berdekatan rumah? jawapan Khalid "Mereka layak mendapat layanan yang adil. Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat untuk beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan Industri berat, jauh dari kediaman mereka? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang."

Bila kita mendengar hujah ini kita terasa nak menitik air mata kerana terlalu sayu dan mungkin ada juga kebenarannya jika kita tidak memahami konsep rumah berhala Hindu. Jika Khalid tidak faham biarlah kita fahamkannya.

Jauh dari siapa dan dari mana? Apakah penganut Hindu seksyen 19 lebih dekat dengan seksyen 23 berbanding seksyen 22 dan 18? kita jangan terperangkap dengan alasan kononnya rumah berhala di seksyen 19 itu hendak di pindahkan ke seksyen 23, itu cuma mainan dan alasan politik khalid aje, cerita sebenarnya dari penduduk seksyen 19 ialah, rumah berhala di seksyen 19 tetap juga berdiri tegak disitu, malah mereka meminta satu lagi tapak yang lebih besar di seksyen 23 untuk dibina rumah berhala yang baru, maknanya di seksyen 19 pun ada rumah berhala dan seksyen 23 pun ada rumah berhala juga, mereka makan kiri kanan la...

Boleh tak Khalid beritahu apa logiknya rumah berhala hindu di sebelah Midvalley yang tiada satu haram pun penempatan penduduk dan di bina sebergitu besar? Malahan ketika mahu membina Midvalley dulu, penganut Hindu bertegas mahukan rumah berhala di bina di situ berdasarkan terdapat tempat sembahyang kecil mereka di dalam hutan tersebut, mereka juga memeras ugut pemaju dan kontraktor membayar wang pampasan yang berjumlah jutaan ringgit sekiranya tetap mahu mengalihkan rumah berhala itu ke tempat lain.

Boleh Khalid ke jelaskan apakah logik kenyataan beliau itu jika terdapat dua buah rumah berhala Hindu yang besar dan luas di jalan Puchong-Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Elit yang tiada satu haram pun penempatan penduduk?

Bagaimana pula rumah berhala hindu berhampiran Angkasapuri yang asalnya sebuah rumah berhala haram tetapi mereka tetap mahu terus kekal di situ apablia kerajaan mahu membina New Pantai Expressway walaupun tiada sebuah pun penempatan penduduk di situ?

Jadi apa giler Khalid kata rumah berhala Hindu itu perlu dibina berhampiran penempatan penduduk adalah alasan bangang semata-mata dan hanya untuk mengaburi mata orang Islam yang tidak memahami isu itu.

Khalid perlu jawab mengapa semasa kerajaan Barisan Nasional dahulu beberapa pemilik rumah berhala termasuk pemilik di Seksyen 19 dan mereka telah bersetuju berpindah ke Seksyen 22 dan Seksyen 18, namun apabila bertukar kerajaan ia menjadi sebaliknya?

Bukankah ini kerana Pakatan Haram Jadah sendiri telah membuat satu perjanjian sulit semasa pilihanraya dengan pemilik kuil Seksyen 19 dan beberapa rumah berhala lain untuk memberi kuasa kepada mereka sendiri untuk memilih di mana mereka mahu mendirikan rumah berhala.

Khalid cuba meraih simpati dengan berkata beliau tidak kisah sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang asalkan, "Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti Kisah seorang raja Islam di Mysore, Banglore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada Islam, Hindu, Sikh. Sehingga hari ini rakyat India masih menceritakan mnengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil."

Benarkah Tippu Sultan membina rumah berhala Hindu di kawasan orang Islam? Ini merupakan satu soalan yang pasti sukar dijawab oleh Khalid. Keagungan Tippu Sultan hanyalah kerana pada zaman tersebut beliau membuat keputusan yang adil kepada semua orang dan bukannya membuat keputusan untuk meraih sokongan politik.

Khalid tahu sebahagian besar penduduk Seksyen 23 tidak menyokong beliau termasuk pemimpin pas di berberapa kawasan termasuk di kawasan seksyen 18. Justeru beliau tidak peduli jika kawasan tersebut tidak mengundi beliau kerana undi kaum India di seluruh Shah Alam lebih banyak berbanding jumlah penduduk seksyen 18 dan 23.

Takpayah la menggunakan alasan agama untuk mempertahankan tindakan politik dia membina rumah berhala Hindu di Seksyen 23 ini. kalau benar ini merupakan satu bentuk keadilan, sekarang kita mahu tahu kenapa satu ketika dulu Pas Kawasan Shah Alam bergitu gila-gila membantah pembinaan Gereja di Shah Alam satu ketika dulu?

Kenapa dahulu tiada pula slogan keadilan untuk semua penganut agama apabila kerajaan negeri membenarkan pembinaan gereja di Shah Alam. Sebaliknya hanya laungan kafir, taghut dan pengkhianat Islam dihamburkan oleh PAS Shah Alam kepada kerajaan BN.

Hari ini semata-mata kerana undi dan kemaruk kuasa maka Khalid sanggup masuk ke gereja yang Pas kawasan beliau pernah bantah dan tentang dulu dan dia pula menyokong pula tuntutan menukar perkataan Tuhan kepada Allah dalam Bible di Malaysia, dan dia dilihat lebih kristian daripada orang kristian pula.

Untuk pengetahuan korang semua orang Islam di Shah Alam tidak menentang pembinaan mana-mana pembinaan rumah Ibadat kerana mereka paham tentang kepentingan toleransi beragama. Sebab itu ketika Pas gila-gila membantah pembinaan gereja dahulu ia langsung tidak mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Hari ini yang dibantah bukan pembinaan rumah berhala Hindu itu, tapi lokasinya yang langsung tidak sesuai, ketidak pahaman khalid mengenai isu dilihat khalid seolah-olah baru sahaja mucul di planet ini atau pun dia baru keluar dari kapal selam setelah berkurun lama duduk terendam didalam perut laut.

11 comments:

Media Cyber said...

khalid samad cuma faham macam mana jalankan kerja2 kotor demi kepentingan parti politik gagak nya.. dah tak kira sensitiviti melayu dah, terus main lanyak dan ganyang bangsa melayu. anak melayu menghancurkan bangsa melayunya sendiri.

Anonymous said...

ini berita baru yang aku beru terbaca...

betul ke ni SDE..??? cuba ulas sikit


PEMIMPIN PKR DIDAKWA SELEWENG DUIT PERUNTUKAN UNTUK HARI RAYA...LAPURAN POLIS DAN SPRM TELAH DI BUAT DI SEPANG

ini lah lah kerja PKR...dulu cakap umno rasuah lah !!!.. zalim lah !!! kroni lah !!!

..sekarang PKR.. lebih teruk dari UMNO..

itu lah ..jangan ingat diri tu bersih...

Arif Omar said...

otak khalid tu letak di tapak kali bukan dikepala. serupa juga dgn si rodziah tu. di lebuh raya karak tu , seekor pun tak ada penganut hindu. kuil pun bersepah di sana. di sentul di belakang balai polis sentul sebelah terengganu flta ada 6 kuiol hindu dalam kawasan 1 batu persegi sahaja. apa cerita? tak adil lagi,. semuannya tanah haram . dia orang buat macam tanah mak bapak dia sendiri.

hanizam said...

demi kepentingan politik bodoh tu, khalid gereja sanggup berjanji ape saje untuk kekal kuasa...

malang betul pengundi di Parlimen Shah Alam, sudahlah rumah maksiat tumbuh bagai cendawan (mungkin ada saham kot kroni kerajaan PR),arak pula boleh dijual di kawasan ISLAM...

kalau dah dikatakan berniaga...sape yang tak mau untung, boleh jual jelah kat sape yang nak...orang kafir ni, kalau boleh, taik pun nak jual balik kalau boleh dikomersialkan untuk kita...janji untung masuk...

Anonymous said...

kekawan, saya ingin memberi pandangan saya sebagai seorang penduduk shah alam beragama hindu. saya rasa sebagai pembeli rumah(sek23), mereka memang berhak memberi pandang mereka bila sebuah rumah ibadat akan dibina di hadapan rumah mereka walaupun ia tidak ada dalam pelan asal kawasan itu. Tetapi, semua ini telah menjadi masalah besar(malah, masalah toleransi kaum) kerana insiden kepala lembu....

oyabun said...

Salam Bro..

Artikel dan ulasan yang baik bro..

Salam perjuangan

Anonymous said...

Syabas. Penduduk Seksyen 23 telah berjaya meletakkan Malaysia dan bangsa melayu di kacamata dunia sebagai entiti racist. Kini kita tak layak mengutuk mana-mana negara atau bangsa racist (termasuk Yahudi) kerana melayu adalah sama. Syabas dan Malaysia Boleh! Seperkara lagi, bila masa penurunan nilai rumah yang berada berdekatan kuil dan masalah trafik menjadi isu yang mampu mengugat akidah? Mazhab mana ni?

Anonymous said...

Tengok kat Amerika dan Eropah pun dah tak bagi buat masjid di kawasan mereka..bodoh punya umngok.Nak bantah pun janganlah ganas sampai nak berbunuh bunuhan.Belum pacak tiang lagi,baru nak berbincang.Bila nak buat majlis berbincang,buat perangai macam lembu pulak..Lebih baik kerajaan pr buat macam cara umno.Biar je kuil haram beribu di Selangor.Tak payah peduli rakyat marah.Sapa marah tangkap takpun bagi duit,diam le..sebab tu kerajaan Toyol jatuh.

Media Cyber said...

eh? sape punye rancangan nak pindahkan kuil kat situ kalau bukan rancangan pakatan rakyat selangor yang membuat cadangan tanpa berbincang terlebih dahulu dari penduduk seksyen 23..

bukan UMNO yang ngok .. PR sendiri yang ngok tak habis2..

Media Cyber said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ulasan tuan sangat baik. Sebagai penduduk Sek 19 masalah ini memang wajar diberi perhatian. PKNS berjanji kuil akan dipindahakn sebab disitu tapak rumah 16 unit. Semasa penduduk pindah 1988 kuil itu kecil & usang terletak dikawasan terbiar digunakan penduduk setinggan dekat jalan keretapi. Pada tahun 2000 penduduk India kawasan lain datang beramai2 bergabung dengan setinggan aktifkan kuil itu. Th 2003 PKNS arahkan kuil pindah ke Seksyen 18. Tetapi tidak pun pindah. Penduduk setinggan dipindahkan th 2005. Kuil jadi makin aktif selepas itu., Penduduk dari luar besarkan kawasan selepas bekalan air dan elektrik dimasukkan kesitu. Pada 28/7/2006 Persatuan penduduk mohon campurtangan DYMM Sultan Selangor. 2 papan notis "Tanah Milik PKNS Penceroboh didakwa" dipasang. Penguatkuasa MBSA beritau penduduk campur tangan pemimpin MIC bila tindakan diambil. Kuil dapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguatkuasa sering diugut dan diancam. Makin banyak aduan kuil makin besar. Pda 27.7.2007.aduan dibuat kepada BPR dan Biro Pengaduan Awam JPM. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kuil akan pindah ke Seksyen 22. Selepas PR berkuasa Mac 2008 pemindahan dibatalkan alasan tapak itu jauh kedalam. April 2008 perjumpaan penduduk dengan YB Adun beliau cadangkan pasang tembuk keliling kuil. Penduduk bantah. Pihak kuil pasang bendera PKR dan PAS pada notis larangan ceroboh tanah PKNS. Pemuda kuil kata kedua2 parti sudah sokong tak payah pindah. Keramaian bergendang kerap diadakan pada Julai 2008. Pada 26/7/2008 mereka bergendang pd jam 9 -11 malam. Selepas itu buat perarakan bergendang bawa 3 patung kuda terbang dihadapan rumah2 penduduk Islam pada jam 1 pagi. Penduduk tegur bising diugut. Selepas polis ronda pergi mereka jerit "Apa komplen2, Melayu bodoh". Penduduk buat perjumpaan dgn AP Shah Alam pada 9/8/2008 serah surat bantahan dan salinan lapuran polis di Masjid Ubudiah. Beliau janji akan selesaikan dalam masa setahun . Pada 12/8/2008 perjumpaan 5 wakil Penduduk Islam, Wakil kuil ( sangat ramai), Adun2 dan AP di pej Adun Seksyen 23. Seorang Ustaz PAS datang sebagai pemerhati buat komen kepada penduduk, AP Shah Alam sokong Hindu Kuil. Tiada perubahan selepas aduan dan perjumpaan. Gangguan bising hampir setiap pagi dan malam. Kumpulan gengster 303 sering ganggu kawasan. Mereka bising, mabuk dan berani ugut jika ditegur. Dis 2008 ubahsuai kuil dibuat lagi. Ustaz PAS kenalkan penduduk kepada NGO sebab beliau yakin NGO dapat bantu. Pada 8/1/2009 AP Shah Alam bertegang leher dgn NGO tuduh mereka buat provokasi didalangi penyokong UMNO. Rujuk blog beliau pada 10/1 tajuk Persoalan Kuil 19 dan tindakan Pewaris dan 12/1/2009 Undang2 double standard dan BN. Pada 10/1/2009 NGO dirikan gelanggang elak kawasan terus diceroboh. Pada 5/5/2009 penduduk hantar surat kpd MB minta kuil 19 pindah. Pd 8/5/2009 jawapan Adun persatuan kuil setuju pindah & selesai masa terdekat. Pilihan mereka Sek 23. Bantahan 23 jadi isu Negara. Khalid Samad dan Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu. AP Shah Alam sepatutnya dipersalahkan kerana batalkan pemindahan kuil ke Sek 22, beliau tidak layan aduan penduduk 19 yang diganggu hebat pengunjung kuil. NGO bantu penduduk Islam beliau sokong Hindu kuil. Kenapa ada double standard? Kenapa AP lebih simpati kepada Hindu Kuil daripada penduduk Islam? Tiba2 kuil usang dan kecil pada tahun 1988 jadi 150 tahun? Sambungan haram dikuil itu belum pun sampai 100 bulan lagi. Penduduk Seksyen 19 Shah Alam.