Terkini Dari Hulu Selangor.


Pas tidak akan membantu pkr dalam prk hulu selangor, itulah tegasan haji ishak setiausaha pas cawangan felda gedangsa pagi tadi, katanya buat apa membantu jentera pkr sedangkan kesemua jentera pkr yang datang ke sini ibarat makan angin, poster kami (pas) kena gantung, ceramah kami juga yang nak setup, polling agent juga pakai budak-budak pas sini, jentera pkr kat sini buat ape? soalnya.

Menurut haji ishak lagi, mungkin banyak lagi cawangan pas akan tutup bilik gerakan mereka kerana tidak berpuashati dengan cara pembahagian kerja oleh pkr, semua kerja kami kena buat seolah-olah kami yang bertanding disini. soal peruntukan juga dibangkitkan oleh jentera pas, boleh dikatakan sejak dari penamaan calon sampailah sekarang ini, bilik gerakan pas menggunakan duit poket sendiri untuk menggerakan kerja, haram se-sen pun pkr tak bagi bantuan.

Buat apa nak kempen untuk calon yang rendah moralnya, soal pak akop, otai felda gedangsa, calon macam zaid tidak bermoral, dia minum arak, malu kita sebagai ahli pas nak kempen untuk dia, jadi lebih baik kami duduk diam-diam, tak payah kempen untuk dia. kalau dia menang semua dosa yang dia buat kemudian hari terpalit kepada kita.

Itulah luahan penyokong pas di felda gedangsa pagi tadi.

Comments

Alhamdulilah semoga semua orang melayu yang mempertahankan kesucian agamanya tidak bersubahat dengan Zaid Ibrahim ini. Moga allah membuka pintu hati hamba- hambanya seperti Hj.Sahak dan ramai lagi yang lain.

Hari ini aku baca dalam paper kariah masjid di kubu bahru marah penyokong PAS yang menjadikan masjid mereka sebagai markas, sampah sarap bersepah dan keadaan masjid menjadi kotor.

Aku minta penduduk Hulu Selangor mengusir puak-puak yang menentang kerajaan Melayu Islam pimpinan BN ini dari Hulu Selangor. Perjuangan Pembangkang jauh terpesong dari tugas sebenar untuk sama-sama membangunkan negara,mereka terlalu taksub untuk menumbangkan kerajaan.Dan memenuhi impian pemimpin de-factor mereka untuk jadi Presiden Malaysia yang pertama.

1 undi pembangkang 1 bala buat Malaysia dan Islam.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.