Apa Bila Doa Dan Ayat Quran Dibacakan Di Konvensyen DAP..

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Puluhan ahli DAP berbangsa yang hadir di konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.

Comments

Anonymous said…
Salam..Islam 4All...!!!

Esok bila mati, malaikat mungkar dan nankir bertanya siapa saudara-saudara kamu?

Mungkin Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar akan menjawap..rakan2 ku semasa hidup adalah DAP dan juga PKR!..dan bukannya saudara muslimin dan muslimat..masyaAllah!!!!
Anonymous said…
jgn bimbang, syaitan itu kawan kepada PAS. yg baca doa tu jin berwajah manusia. n,ajis yg cakap. oppps dah sakit tak boleh cakap, dulu-dulu cakap, kalau alipas ingat la. otak tak cukup akal mana nak ingat.
SiamangBukit said…
Baguslah tu. Islam untuk semua manusia menganutnya bukan untuk berdoa sahaja semasa politik. Kalau orang Kristian membaca doa, kini orang PAS kena lah tadah tangan juga atau 'cross your chest' kalau ikut orang Kristian.
soalan kenapa takde pemimpin DAP yang masuk ISLAM?
Hamdan Rukun said…
KORANG JANGAN CAKAP SEBARANGAN. KERANA DOA ITULAH 8 ORANG CALON MELAYU TELAH BERJAYA MEMBERI KEMENANGAN KEPADA 15 ORANG CALON CINA, BENGGALI DAN INDIA YANG MENANG. BERKATLAHTU..
Anonymous said…
Pemahaman apa itu Islam oleh Melayu Islam semakin celaru...semuanya dimulai olh puak pas pis pus yg telah membuat konar baring ke atas prinsip HUDUD NEGARA ISLAMNYA............ish ish ish..NAUZUBILLAH.
hangkedee said…
semua dah jadi kelurga 69 tak tahu apa nak jadi lepas ni nak kena tanya tuan pemegang kunci suleger.rumah dah nak kena lelong,alamat kedalam laut lah orang melayu

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.