PAS Tak Beritahu Ahlinya Calon Mereka Tu Calon Reject.


Aku sampai di kerdau jam 4 petang semalam, dalam pada aku jalan-jalan pi tengok pusat pengundian dan tempat penamaan calon, aku ada la sembang-sembang dengan penduduk di kawsan mengundi tu, ada seorang pak cik ni kata kat aku, "pas ni tak ada calon lain ke ? calon dah kena reject dua kali pun dia letak lagi jadi calon, macam la tak ada calon lain". malah ada seorang ahli pas bila aku tanya macam mana dengan calon mereka tu, orang pas tu jawab " ishh... calon kami ok tak ada masaalah" tapi bila aku kata kat mamat pas tu, calon pas tu pernah kalah dua pilihanraya dia terkedu...

Maknanya pas tak pernah cerita yang calonnya tu calon recycle "calon kitar semula". kenapa pas tak cerita pada penyokongnya? lagi satu banyak orang tanya, kenapa pas tak cari calon lain untuk bertanding di situ, sedangkan sebelum ni, pas cukup kuat pukul canang kata mereka tidak ketandusan calon berwibawa, tapi di kerdau ni calon reject dua kali juga yang di letaknya.

Comments