Breaking News
Loading...
March 18, 2011

Info Post
Rakyat sarawak tak perlu parti dari semenanjung untuk mentadbir mereka, itu kata-kata seorang anak kelahiran miri kepada aku, kalau mereka nak pangkah pembangkang sekali pun, mereka akan memilih parti snap untuk mereka undi, kalau tidak mereka akan terus berikan mandat kepada barisan nasional yang telah banyak berjasa di sarawak.

Orang sarawak lihat dap, pas dan pkr adalah parti semenanjung, parti yang banyak buat onar ini tidak akan di terima oleh penduduk sarawak, dap kerap memainkan isu perkauman, orang sarawak tahu, dap lah punca tercetusnya peristiwa 13 may 1969, kemenangan dap di sibu tak boleh jadi kayu penukur yang rakyat sarawak menerima parti dari semenanjung itu.

Pkr pada pandangan orang sarawak adalah parti anwar ibrahim sekeluarga, dengan struktur parti pkr yang kelam kabut dan ramai adun dan ahli parlimen pkr yang lari meninggalkan parti itu, pkr dilihat sebagai sebuah parti yang tak ada masa depan, kalau di beri peluang untuk memerintah sarawak, maka akan tungang langganglah negeri itu.

Pas pulak sebuah parti x-trim islam, hadirnya pas di sarawak akan memecah belahkan orang islam di sana, kita kena ingat, orang sarawak tak macam orang semenanjung, mereka lebih terbuka dalam soal politik tapi mereka tidak boleh menerima caci dan maki hamun dari seorang yang bergelar ustaz terhadap orang islam yang lain, haram syarie undi bn dan halal syarie undi pas tak laku di sarawak, malah orang sarawak tahu macam mana pas tadbir kelantan, tak ada kemajuan dan pembangunan, kalau pas berjaya bentuk kerajaan bersama-sama parti penjajah lain seperti pkr dan dap, maka sarawak akan lebih mundur dari kelantan.

Politik jahat pas, dap dan pkr yang suka memfitnah kalau dah tak ada modal membuatkan orang sarawak menyampah, kita kena ingat, orang sarawak tak macam orang kelantan yang bersepah di negeri-negeri lain, sarawak negeri maju, peluang pekerjaan di sana cukup banyak, jadi mereka tak perlu merempat di negeri orang untuk mencari rezeki, tak macam kelantan di bawah pemerintahan pas. jadi kalau pas, pkr dan dap bercita-cita besar nak perintah sarawak, lupakan sahaja, pasal rakyat sarawak tak perlukan parti penjajah untuk mentadbir mereka.

1 comments:

Anonymous said...

dap, pas dan pkr nak perintah sarawak? lupa kan je la, selangor penang, kedah dan kelantan pu tak settle lagi ni nak pergi sarawak pulak? dah la jangan mimpi la