Selangor Dapat MB Baru, Dokumen Yayasan Selangor Di Dedahkan...


Seperti yang aku janjikan semalam, dokumen penuh (tak penuh lagi ni) tentang bertapa bangangnya khalid melantik seorang yang bankrup memegang jawatan penting dalam yayasan selangor dah la tu, tak pasal-pasal yayasan selangor bankrup disebapkan sikap boros pegawai-pegawainya.

Kelmarin noh omar mencabar khalid gagap letak jawatan kerana melantik kroninya sebagai pengurus besar dan timbalan pengurus besar yayasan selangor, macam mana khalid boleh lantik orang bankrup untuk jadi timbalan pengurus besar yayasan selangor, itu khalid kena jawab sendiri jangan hantar faekah pulak yang jawab, minah tu kalau jawab merapu pasal dia ada tekanan perasaan ye la korang tau la kan kenapa... (lihat dokumen dibawah).

Khalid pernah jadi ceo pnb dan guthrie, dalam ceramah khalid masa prk kerdau yang lepas, khalid dengan sombongnya berkata dia cukup xpert tahu kira-kira, dia cekap dalam pengiraan, dan dia kira tak pernah silap, (klik sini) tapi kenapa laporan audit dalaman yayasan selangor kata yayasan mengalami defisit sehingga RM7.41 juta ? (klik sini)

Macam mane tak bankrup yayasan selangor tu, dah la mamat yang dia lantik tu bankrup kerja tak sampai 3 bulan terus naik pangkat jadi timbalan pengurus besar yayasan, seronok la kerja macam tu, soalnya sekarang ni kenapa khalid tak lantik orang lain untuk pegang jawatan timbalan pengurus besar yayasan, kenapa mesti orang yang bankrup ni juga yang khalid nak lantik...? kemudian bila kecoh cerita ni dia di arahkan pulak bercuti sebulan dengan gaji penuh, fuhh seronok beb, jadi kroni khalid ni (tengok surat lantikan dan surat arah bercuti di bawah)


Dalam semakan audit juga mendapati terdapat pembayaran elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada ahli mesyuarat di dalam yayasan itu. (dokumen bawah) so khalid apa cerita ni, hari tu kat kerdau kau bercakap berdegar-degar, ni baru 3 tahun, yayasan yang satu masa dulu cukup kaya dan mewah boleh sampai miskin kau buat, macam mana la negeri selangor kalau kau jadi mb lagi satu term? mau kedana selangor kau buat, so khalid, tak mau cerita banyak, kau blah je la.

Comments

Anonymous said…
orang tu dah bankrup di lantik jadi timbalan gm, itu pasal la ys makin bankrup. khalid khalid ceriknya kau khalid.
Anonymous said…
bro det, gua dah tengok video yg khalid ceramah kat kerdau tu, memang berdegar-degar dia cerita, tapi satu habuk pun tak buat lagi kat selangor, asyik2 dalam perangcangan, dah 3 tahun laaa takan rancang lagi kot.
Anonymous said…
gilo deh...umur 32 dah dpt gred JUSA tu...ape kelayakan die ni...
naik pangkat dlm mase singkat..
telus ke perlantikan jawatan tu...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.