WOWW...Gaji Penulis Ucapan GM PKNS RM 7,500 Sebulan.


Barisan Nasional (BN) semalam mendedahkan perbelanjaan tidak terkawal termasuk sikap tidak percaya terhadap kakitangan yang didakwa dilakukan oleh pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

“Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri.

“Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan bayaran RM20,000 sebulan. Ia tidak lagi termasuk pelantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan.

“Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar,” katanya.

Abdul Shukor turut mempersoalkan pelantikan seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr. Armen selama enam bulan dengan bayaran RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya.

“Pelantikan pegawai kontrak termasuk Pengurus Besar PKNS sendiri dilihat memberikan kesan besar kepada anak syarikat itu memandangkan mereka ini tidak biasa dan berpengalaman dengan peraturan kewangan kerajaan.

“Kecenderungan membelakangkan peraturan tersebut dilihat telah diterima pakai oleh PKNS atas alasan kecekapan dan pentadbiran ‘ala korporat’ .

“Namun, laporan dan penemuan Jabatan Audit Negara Negeri Selangor sebelum ini mendapati pada keseluruhannya pengurusan kewangan PKNS adalah tidak memuaskan kerana ketidakcekapan pengurusan serta garis panduan kewangan yang tidak jelas,” katanya.

sumber: sinar harian

Comments

Anonymous said…
lingkop la selangor, baik.....
Anonymous said…
selangor lingkup takpa...jangan kedah...

-anak kedah-
Cencaluk said…
Anon 10:54 memang kedah tak lingkup tapi dah hampir nak lingkup kalau dulu bila kedah dilanda kemarau PAS menyatakan ianya adalah bala yang diturunkan kepada pemerintahan UMNO tapi sekarang ni kalau kita lihat semenjak PAS memerintah tak habis-habis bala yang ditutunkan oleh Allah (S.W.T)adakah ini menunjukkan PAS juga disumpah dan dilaknat oleh Allah (S.W.T)

Fikir-fikirkanlah.......

Kerana pulut santan binasa
kerana mulut habis.....PAS binasa...

-Anak melaka-
Anonymous said…
Kedah Terlebih Sejatera...abis menyusahkan rakyat..dulu Bil Air boleh bayar di Pejabat Pos, tapi sejak PAS ambik alih kedah, Bil Air kena bayar di pejabat SADA...bayangkan kalau kampung jauh terceruk baling, nak keluar ke pekan semata-mata nak pergi pejabat SADA terdekat...kalau dah ader pejabat pos mini...buat aper nak bayar di pejabat SADA terdekat...rumah mertua aku di Kpg Padang Gelanggang, K.Nerang, sedangkan pejbat SADA terdekt di Pdg Terap..tkker naya nak pergi jauh2..., Tak ker menyusahkan rakyat ?
Anonymous said…
Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS


http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/04/keluar-pas-tidak-murtadsiri-1.html

HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!
KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS !!

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/04/keluar-pas-tidak-murtadsiri-1.html

Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah,

-Rahman Kadir-

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID