Fitnah Bodoh Guan Eng Terhadap Rais Yatim...


Kenyataan yang di keluarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan...

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas, kata Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din, hari ini.

Beliau menjelaskan, laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.

"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif,” katanya kepada Bernama hari ini.

Di bawah Bajet 2011, kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara. — Bernama

Aku tak tau dari mana guan eng dapat info yang mengatakan KPKK habiskan 100 juta dalam sehari untuk hari seniman....

Nak kata bodoh, dia tu ketua menteri, kalau aku tak kata dia bodoh, tak patut beb... tapi nak tak nak kena juga lak kata dia bodoh, mana ada logik 100 juta boleh dihabiskan dalam masa satu hari, guan eng tau ke berapa banyak 100 juta tu?

Pada aku senang je memang guang eng nak fitnah dan burukan rais yatim itu je... duit 100 juta tu sebenarnya adalah duit yang disalurkan kepada penggiat seni dibawah dana industri kreatif, sebenarnya KPKK bukan bagi setakat 100 juta, tapi KPKK salurkan 200 juta dibawah bajet 2011.

Tapi apa yang syoknya tu, ada juga pencacai dan blogger pakatan haprak yang percaya cakap guan eng tu dan yang paling bodoh adalah portal malaysiakini, mereka langsung tak ada usul periksa terus menghentam rais yatim, oii malaysiakini, korang kena ingat sikit, orang yang kau hentam tu, adalah menteri yang bagi kelulusan untuk kad perakuan media yang korang gantung kat leher korang tu, kalau nak hentam pun buat la kajian dulu, jangan main percaya je cakap si hamlau guan eng tu.

Apa pun perkara ini aku anggap selesai la, kerana pihak kementerian dah berikan penjelasan dengan sejelas-jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.