Parang Dan Molotov Cocktail Untuk Kegunaan 9 Julai Ini..

Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.

Dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Comments

Anonymous said…
Komunis...komumis...
Anonymous said…
alaaa..
sat lagi dia kata la BN punya barang.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.