Politik Anjing Di UNISEL, NC Letak Jawatan...

Datuk Dr Rosti Saruwono mengambil keputusan meletakkan jawatan selaku Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel) dengan notis 24 jam berkuatkuasa esok.

Beliau mengesahkan peletakan jawatannya menerusi khidmat pesanan ringkas sebagai membalas SMS yang dihantar oleh Bernama bagi mendapatkan pengesahan berita tindakannya itu.

“Ada keputusan yang saya tak sanggup laksanakan iaitu untuk melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa proses sewajarnya,” katanya ketika menjelaskan antara punca beliau meletakkan jawatan.

Berasal dari Klang, Selangor, Rosti pernah berkhidmat sebagai Timbalan Presiden Bahagian Pendidikan Petronas dan rektor pertama Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel pada 2 Mac, 2009.

Beliau menggantikan Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus yang mengosongkan jawatan itu pada Julai 2008.

Semasa baru dilantik, Rosti berkata beliau tidak akan menjadi “Pak Turut” kepada mana-mana pihak dan ingin memastikan institusi pengajian tinggi swasta milik kerajaan negeri itu tidak dijadikan medan berpolitik. klik sini.

Menurut sumber, Rosti telah diarahkan oleh kepimpinan Unisel untuk melucutkan jawatan tiga pegawai – Pendaftar Rokmaa Mat, Dekan Fakulti Perniagaan Prof Dr Khalifah Othman dan Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat Halid Hasbullah.

Comments

Anonymous said…
ini satu contoh yg baik utk diikuti, tak setuju, letak jawatan. Kpd kakitangan kerajaan persekutuan yg tak setuju dgn dasar2 kerajaan, bila lagi nak letak jawatan beramai2. letaklah jawatan cepat.
Anonymous said…
bila pemimpin politik masuk campur dalam universiti,cam ni la jadinya,dulu cakap kerajaan pusat skrg pembangkang pun same jer bila perintah.Harap Sultan Selangor campur tangan supaya tangan2 ghaib dan kotor ni tidak mengugat UNISEL,mesti ada agenda pembangkang dlm tu
Anonymous said…
mmg pembangkang buat hal dlm UNISEL. Tp sape pulak yg menjadi pembangkang di Negeri Selangor ni... toing2x

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID