Tazkirah Politik Dan Fitnah Di Surau Seksyen 8 Shah Alam..
Warga seksyen 8 shah alam memberitahu aku petang semalam, yang imam jemputan di surau seksyen 8 shah alam melampau, tazkirah politik dan cerita fitnah berkumandang dalam surau ketika sembahyang sunat terawikh.
Kebiasaannya kalau orang nak bagi tazkirah masa sembahyang terawikh, mereka akan sembahyang sampai rakaat ke 8 dulu, lepas tu baru la tazkirah selama 15 ke 30 minit lepas tu sembahyang sunat terawikh di sambung semula.
Tapi di surau seksyen 8 ni pelik sikit, depa buat terawikh 4 rakaat, bertazkirah sampai 45 minit lepas tu sambung terawikh 4 rakaat lagi, kemudian balik. tazkirah tu baik untuk para jemaah yang buat tarawikh, tapi janganlah di gunakan tazkirah tu untuk memfitnah dan megadu domba sesama umat islam.
Aku di fahamkan, ada jemaah dari rawang selangor sanggup datang ke surau itu semata-mata nak dengar tazkirah politik di situ, insyaallah aku akan pergi dan rakam tazkirah di surau seksyen 8 tu sebagai bukti.
Untuk pengetahuan semua, surau seksyen 8 yang aku maksudkan tu adalah surau ar-rahmah yang satu masa dulu pernah di arahkan di tutup sementara oleh pihak jais kerana berlaku perebutan kuasa sehinggakan berlaku insiden kafir mengkafir pada tahun 2007.
Comments
Senang je, agak agak boring, angkat ponggong cabut la, kalau ditunggu pun silap silap tanggung dosa.
Besok datang lagi, tapi kali ini siap bawa bulldozer, robohkan je bangunan tu,
Benar, merobohkan surau atau mesjid tu dosa(betul ye?), tapi ini bukan surau , baik sikit dari DUMC, kalau surau masakan ada orang menabur fitnah? mencaci orang lain? mengaibkan orang lain? dll ....
lebih baik dan lebih banyak pahala yang akan didapati kalau nk dibandingkan dgn solat sunat terakwih, cumanya di surau tersebut mesti ada satu guide line utk para penceramah yang dijemput tanpa menyalah ertikan tasiran hadith/ayat quran yg dibacakan itu.
"orang yg bodoh adalah orang yang menjawab sebelum mendengar, berdebat sebelum memahami permasalahan dan menghukum sesuatu yg tidak diketahui" (imam jaafar siddiq)
u are welcome to surau ar rahmah sect 8. insyaallah.. dan saya yakin perspektif anda tentang surau ini akan berubah kerana setentunya saudara bukan tergolong dari orang2 yg dikatakan oleh imam jaafar siddiq ini.. :)