Breaking News
Loading...
September 30, 2011

Info Post
Pas kuasai kelantan tahun 1990, mula dari nik ajis angkat sumpah jadi mb sampai dah nak kena talqin, cerita hudud di jaja setiap kali menjelang pilihanraya umum, saat pas kuat di kelantan pada tahun 1990-1999, hudud tetap juga tidak dilaksanakan, kenapa?

Banyak alasan yang pas bagi pasal tak boleh laksanakan hudud, antara alasan yang jadi favorite pas ialah, umno halang pas buat hudud dan cerita itu pas jaja sampai hari ni atau mungkin sampai hari khiamat.

Betul ke umno halang pas buat hudud? sebenarnya tak, umno tak pernah halang pas buat hudud, malah umno nak sangat tengok pas buat di kelantan memandangkan kelantan negeri nombor wahid dalam penyebaran wabak hiv (aids) dan banyak masaalah lagi jadi untuk mendisiplinkan orang kelantan, maka hudud lah jawapannya.

Hudud sebenarnya bukan kuasa kerajaan persekutuan, enakmen jenayah syariah adalah bidang kuasa kerajaan negeri, pas kalau serius nak buat hudud, mereka boleh laksanakan lama dah, kuasa mufti, mahkamah syariah dan jabatan agama terletak di bawah kerajaan negeri, tapi kenapa pas masih lagi tak buat?

Sebagai sebuah kerajaan negeri, pastinya pas mampu untuk menubuhkan satu unit penguatkuasaan nya sendiri untuk kuat kuasakan undang-undang hudud dan unit penguatkusa itu pas boleh letakkan dibawah pentadbiran jabatan atau majlis agama islam kelantan atau jabatan mufti, dulu selangor selain ada penguatkuasa jais, mereka ada badar, sama fungsi dan sama tugas macam penguatkuasa jais, kalau dulu selangor boleh buat kenapa kelantan tak boleh buat.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk pas laksanakan hudud di kelantan, percayalah kalau pas betul-betul serius untuk laksanakan hukum tu, hudud dah berjalan di kelantan, tapi apa nak buat, pas gunakan hukum itu sebagai modal politik, jadi bila je dekat pilihanraya umum, cerita hudud itu akan di jaja, mungkin orang pas akan kata, kalau pakatan perintah malaysia, pas mampu buat hudud, percayalah semua, pas tak akan dapat perintah malaysia pasal pas tak bertanding di semua 222 parlimen, jadi berani ke pas nak buat hudud kalau dia mainoriti dalam pakatan, setuju ke dap kalau pas nak buat hudud?

Masa terbaik pas untuk laksanakan hukuman tu ialah ketika umno masih berkuasa, kalau dap yang berkuasa, jangan katakan hudud, silap-silap pas pun dah diharamkan.


7 comments:

Anonymous said...

darul ehsan... Kalu tidak arif pasal undang2 lebih baik duduk diam... jgn komen & tulis apa2 pun pasal undang2.. Sila semak balik, siape la punya kuasa untuk melaksanakan undang2 keseksaan dan yang sama dengan waktunya termasuk Hudud ???

Jgn kita bercakap seperti seorang cendiakawan, tetapi dlm masa yang sama menampakkan kebodohan kita sendiri..

Anonymous said...

macam la anon atas ni pandai undang2 kah3

anyway lagu lama terpaksa dimainkan PAS sebagai talian hayat untuk berkuasa lagi 20 tahun di negeri pembiak kuma HIV

Anonymous said...

Tu pasal... emak/bapak antor sekolah suruh belajar, nko lari & ponteng.. La ne org sembang/debat pasal undang-undang nko pun sibok la kununnya PHD in Law.. Dasar penchachai umno..

Sang pemerhati said...

sebab PAS masih perlukan sokongan utk mendapatkan mejority parlimen...kita tengok la kalau dah betul pas me'mjoriti'kan parlimen...jadi, bglah sokongan lg pada pas...jgn la nk kondem je....

Anonymous said...

apa pun pas dah mati pair pasal hudud, betul la tu keputusan 2-0, pkr dan dap tak sokong pas, jadi apa lagi? suruh nik aziz bunuh diri je la, jangan salahkan orang lain.

Anonymous said...

tunggu huddud versi umno! dah 54 tahun kata islam tapi masih ikut lord reid..

Anonymous said...

apa?UMNO x pnah halang Kelantan laksana hudud?abis tu surat PM (TunMahathir)yg jelas beri amaran kt Kelantan jika laksana hudud tu bukan menghalang ke?Tun Abdullah pun sama x bagi izin Kelantan laksana hudud.sekarang najib pulk secara jelas x setuju ngan hudud.itu yg dikatakan 'X PNAH MENGHALANG'?ni lulus UPSR ke x?enekmen undang2 syariha negeri kelantan dh lama siap digubal.tunggu persekutuan cakap OK je...mslh sekarang ni, PKR n DAP saling menghormati prinsip PAS...UMNO bila lg?