Breaking News
Loading...
September 13, 2011

Info Post
Setiausaha Agung PAS Mustapha Ali buat kenyataan bahawa Pakatan Rakyat akan memilih Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dikalangan orang Melayu/Islam jika berkuasa sudah ada ‘bantahan’ dari dua lagi parti dalam PR iaitu DAP dan PKR.

Malah, pemimpin dua parti tersebut tidak melihat kenyataan Mustapha Ali itu suatu isu yang“sangat serius” sambil menegaskan, perkara itu masih belum pun dibincangkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kelmarin Mustapha memberi jaminan kepada seluruh akar umbi PAS bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri — akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13 dan jaminan itu di berikan ketika menjawab kebimbangan majoriti ahli PAS semasa Konvensyen Negara Berkebajikan di Markaz PAS Taman Melewar.

“Saya boleh memberi anda jaminan bahawa perdana menteri semestinya haruslah seorang yang beragama Islam dan semoga timbalan perdana menteri juga seorang beragama Islam,” kata beliau.

“Imam (perdana menteri), Insya-Allah, selamat,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kenyataan Mustapha Ali itu, sekadar menyatakan pendirian PAS bukan pendirian Pakatan Rakyat.

“Kita Pakatan Rakyat masih belum berbincang sampai ke tahap itu, kini parti yang majoriti adalah DAP, lazimnya ketua pembangkang dipilih berdasarkan parti yang majoriti atau kerusi majoriti,” dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke turut memberi jawapan yang sama bahawa dua jawatan tertinggi negara masih belum dibincangkan.

7 comments:

Anonymous said...

Jangan mimpi lah ahli PAS nak jadi PM, TPM. DAP & PKR dah tempah dulu.. Kempunan lah orang PAS...

tulvovuldo said...

Inilah dia kalau mabuk kuasa...asyik2 nak berpolitik sampaikan terlpeas pandang orang melayu nak di murtadkan,dok berangan nak jadi PM,TPM lah..suara rakyat dengar dulu..dan jgn dok sok sendiri..

nok said...

Bukan semua org melayu akan menyokong parti haprak PAS/PKR ....dah tahu nasib org melayu kalau PR mmerintah....jadi republik le Malaysia ...macam S'pore...org melayu hidup segan manpos tak mahu....

adakah Mat Sabu yg main bini org atau Anuar Ibrahim aljuburi nak pemimpin rakyat ????punah ranah le negara...jahanam org melayu....atau mengharapkan DAP membela nasib org melayu.... kirim salam......

nok said...

mana satu pemimpin yg bijak nak jadi PM????bodoh lama pun tak habis2 lagi dan pelbagai bodoh baru timbul....nak jadi PM lancauuuuuu...negeri kecil pun tak boleh nak urus, nak perintah Malaysia.....kempunan le....Pork Nik lagi karut mengarut......

Anonymous said...

Hadi awang jadi PM...dan mat sabu 121 jadi TPM...????????????????
Soalan cepu mas!!!!
Atau Anu_war jadi PM dan LKS jadi TPM...???????? ANOTHER BIG QUESTION??
Tell *four musketeers*...F O!!

Anonymous said...

setakat nak berangan mcm cerita pak pandir boleh la.. tapi sblm tu tlg la org pas/umno sama2 bayangkan dulu bagaimana keadaannya yg dikatakan menang sorak kampung tergadai..

Anonymous said...

PAS dah jadi- Parti Angan22 Saja