EXCO PAS Akui Kelantan Mencatatkan Jumlah Peghidap HIV Dan Aids Tertinggi Di Malaysia.

Penularan gejala sosial di kalangan rakyat Kelantan semakin hari semakin membimbangkan, dan apa yang lebih memeranjatkan negeri yang turut dikenali sebagai Serambi Mekah ini dicatatkan sebagai negeri yang mencatatkan jumlah penghidap HIV dan AIDS tertinggi di Malaysia.

Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Sapinah Ab Ghani bersama Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar bagi merungkai isu yang melanda negeri di bawah pimpinan Pas ini.

SH: Merujuk kepada statistik dicatatkan Kementerian Kesihatan, jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lalu adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, persoalannya kini adakah usaha yang dilakukan Kerajaan Negeri tidak berhasil?

WAN UBAIDAH: Pelbagai usaha dilakukan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala sosial di negeri ini, dan antara yang dilakukan termasuk mengadakan dakwah halaqat untuk memberi penerangan tentang ilmu agama, serta membimbing ke arah kebaikan.

Namun tidak semua masyarakat di Kelantan minat untuk mendalami ilmu agama, menyebabkan kesukaran kita membantu golongan ini yang turut bertindak sebagai penyumbang kepada masalah- masalah sosial di negeri ini.

Selain itu, kemudahan yang terbatas turut menghalang kita untuk mentarbiah masyarakat supaya menjauhi perkara terlarang, tambahan pula, tidak ramai yang memilih saliran agama sebagai tempat menuntut ilmu. Kalau tidak silap hanya 10 peratus daripada jumlah pelajar di negeri ini memilih saliran agama.

SH: Selain itu, adakah faktor lain yang mempengaruhi situasi ini?

WAN UBAIDAH: Saya juga melihat satu faktor lain, di mana ia turut berpunca daripada sistem pendidikan yang tidak menitik beratkan agama, dan bertitik tolak daripada situ secara tidak langsung masyarakat akan mendapat kefahaman bahawa ilmu agama tidak mempunyai nilai.

Mata pelajaran agama bukanlah suatu yang wajib dalam sistem pendidikan kita hari ini, jika diperhatikan hanya subjek-subjek tertentu seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris adalah keutamaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apabila rakyat mula memahami bahawa pendidikan agama itu tidak penting, jadi mereka akan hidup dalam kehidupan yang seolah-olah tidak tidak ada landasan untuk dipelihara, segala tindakan akan berlandaskan nafsu, dan faktor inilah yang menyumbang kepada berlaku keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak kita hari ini.

Selain itu, ketidakpekaan ibu bapa terhadap anak-anak juga antara penyumbang kepada berleluasanya masalah sosial di negeri ini.

Anak-anak yang tidak sempurna didikan agamanya kerana kelekaan ibu bapa dalam mendidik dan membimbing memudahkan mereka terjerumus ke lembah sosial, kerana mungkin tidak tahu membezakan antara kebaikan dan keburukan di sebalik tindakan diambil.

SH: Apakah tindakan sewajarnya dilakukan ibu bapa dalam membantu mengatasi masalah yang membimbangkan dari sehari ke sehari ini?

WAN UBAIDAH: Apa yang penting adalah kembali kepada agama, menghayati ajaran Islam sebaiknya dan menerapkan ke dalam diri anak-anak agar mereka mempunyai satu pegangan yang kuat untuk melindungi diri dari gejala tidak sihat.

Ibu bapa jangan leka dan memandang ringan dalam perkara ini, kerana peranan mereka terlalu besar, anak-anak adalah amanah Allah yang sepatutnya dijaga sebaiknya.

Golongan ibu dan bapa juga perlu cerdik melebihi anak-anak, kerana kecanggihan teknologi hari ini tidak mustahil akan membolehkan anak memperdaya orang tua masing- masing untuk kepuasan diri mereka.

Jadi, pemantauan terhadap pergerakan dan pergaulan anak-anak penting, tetapi dengan cara yang profesional agar mereka tidak merasa dikongkong dan dikawal seperti anak kecil.

SH: Sudah lebih 20 tahun Pas memerintah negeri ini, dan sering melaungkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’, namun jika dilihat pada situasi hari ini, dengan masalah pembuangan bayi, rogol dan sebagainya, seolah-olah slogan yang diluangkan itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada masyarakat. Jadi apa reaksi Kerajaan Negeri bila ada suara- suara sinis yang mempertikaikan usaha dilakukan?

WAN UBAIDAH: Di Kelantan, pengundi Pas dan Umno hampir sama banyak, kita tidak mempunyai kuasa autonomy, kalau nak menyampaikan ilmu-ilmu agama pun, hanya melalui ceramah sahaja, di mana pendengarnya adalah terhad, kerana kita tidak mempunyai apa-apa saluran (televisyen dan surat khabar) yang membolehkan rakyat menerima pendedahan secara meluas.

Bidang kuasa kita (Kerajaan Negeri) juga terhad, kita tidak ada polis dan sistem perundangan sendiri. Mahkamah Syariah yang ada pun hanya untuk menyelesaikan perkara-perkara melibatkan pusaka, nikah, kahwin serta cerai.

Dalam isu ini, kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu Kerajaan Negeri semata- mata, kerana banyak pendedahan diperolehi anak-anak hari ini adalah hasil kecanggihan teknologi yang dibawa golongan pemerintah.

Sebab itulah kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Pusat adalah perlu, kalau boleh aktiviti hiburan yang tentunya boleh melalaikan itu dikurangkan.

SH: Apakah aktiviti- aktiviti yang dilakukan kerajaan dalam usaha membendung gejala sosial di kalangan masyarakat hari ini?

WAN UBAIDAH: Kita sentiasa mengadakan program-program untuk membendung masalah ini, antara lainnya pelaksanaan Dasar Keluarga Mawaddah untuk memastikan setiap keluarga di negeri Cik Siti Wan Kembang ini hidup berkasih sayang.

Setakat ini kita sedang menyediakan modul bagi menjayakan dasar berkenaan yang dilancarkan awal tahun lalu, dan antara yang disenaraikan dalam modul itu ialah tentang cadangan bahan bacaan yang wajib serta sesuai dibaca mengikut usia dan status, peranan ibu dan bapa

Kita juga sedang membukukan Buku Panduan Checklist supaya masyarakat mendapat idea untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada keutuhan keluarga masing-masing.

SH: Pada fikiran YB adakah faktor lain yang mempengaruhi peningkatan masalah sosial di negeri ini?

WAN UBAIDAH: Ya, faktor kedudukan Kelantan yang bersempadan dengan Thailand juga antara penyumbang penting dalam peningkatan masalah sosial termasuk HIV.

Walaupun pelbagai usaha dan sekatan dilakukan untuk menghalang penularan faktor-faktor yang keruntuhan moral di kalangan masyarakat negeri ini, namun itu bukanlah alas an untuk penduduk di negeri ini mendapatkannya sehingga ada yang bersahaja keluar masuk ke sempadan, jadi apa yang dapat kita lakukan, untuk membuat sekatan, itu tidak memadai kerana peluang untuk rakyat negeri ini memasuki sempadan terlalu luas.

Saya menyeru kepada masyarakat agar tidak menyerahkan perkara ini kepada kerajaan semata-mata, kerana peranan mereka juga tidak kurang pentingnya.

Kerjasama penghulu dan imam serta individu yang disegani di kampung- kampung untuk menasihatkan anak- anak mukim mereka adalah dituntut, kerana pekerjaan menyeru ke arah kebaikan ini memerlukan sokongan dan penyertaan semua pihak, barulah kesannya juga lebih menyeluruh.

komen aku: wan ubaidah kata penularan wabak hiv kerana masyarakat akan mendapat kefahaman bahawa ilmu agama tidak mempunyai nilai. mata pelajaran agama bukanlah suatu yang wajib dalam sistem pendidikan kita hari ini, jika diperhatikan hanya subjek-subjek tertentu seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris adalah keutamaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). macam lah benda tu hanya berlaku di kelantan, di negeri lain pun sama juga, tapi hiv tak lah setinggi di kelantan.

Lagi satu puncanya pasal, mak bapak terutama orang pas, mereka terlalu sibuk mendengar ceramah pas, dek kerana terlalu sibuk mendengar ceramah, mereka lupa tanggung jawab mereka sebagai ibu bapa, seronok dengar ceramah sampai anak-anak pun terabai.

Comments

RamelyNor said…
aku balik raya hari tu 5 org mati Hiv. Semua umur bawah 40 tahun. Kesian,20 tahun PAS merentah : Sek ugama,sek fardu ain, surau dan masjid macam tu juga dari 20 th lalu. Baja subsidi pun kena kebas,sepatutnya diKelantan perlu hudud. Islam gapo weh demo wat ooii..... dekat KL susah nak tengok le ni, tapi diKelantan merata tempat mayat idup. Tak caya kawe bawak demo gi tengok. Wakil rakyar Pas tak masuk kampung,bila menang tambah bini .

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.