Tun Mahathir: Aziz Bari Kurang Ajar...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar.

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,kata beliau dipetik Bernama hari ini.Dr Mahathir, Canselor Universiti Teknologi Petronas, diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Aziz juga berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar terhadap raja atau pun sultan.

Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya.

Comments

Anonymous said…
TUN MAHATHIR OH TUN MAHATHIR.....

Rasanya Melaytu Tak Kan Lupa Tentang PENGGUBALAN MENARIK IMUNITI RAJA-RAJA
MELAYU semasa TUN MAHATHIR MEJADI PERDANA MENTERI, yang LUPA HANYALAH PUAK2 UMNO yang suka MEMBUAT PROVOKASI demi MENYELAMATKAN NYAWA2 IKAN UMNO YANG DIRAMAL MENEMUI AJAL DALAM PRU13 AKAN DATANG.
Kalau kita baca KENYATAAN2 PUAK2 UMNO PADA MASA ITU IANYA JAUH LEBIH BIADAP DARI KENYATAAN PARTI YANG DIPANGGIL biaDAP dan Prof AZIZ BARI.
WAHAI PUAK2 UMNO KENAPA CARA KAMU
BERPOLITIK MASIH CARA DIZAMAN PRA- SEJARAH, RAKYAT MASAKINI BUKAN DIZAMAN CALON UMNO DILETAK "KATAK" PUN BOLEH MENANG !!!
RAKYAT MALAYSIA KEBANYAKANYA SUDAH TAK NAK PADA UMNO/BN !!!

KEPADA RAKYAT MALAYSIA BERI LAH UNDI KAMU PADA PAKATAN RAKYAT(PR), ANDAI KATA PERANGAI MERAKA INI PR SAMA MACAM PERANGAI UMNO/BN SEMASA MEMERINTAH!!! MEREKA JUGA AKAN KITA KUBURKAN MACAM MANA KITA KUBURKAN UMNO/BN DALAM PRU13 INI....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.