Breaking News
Loading...
November 13, 2011

Info Post
Lawak memang lawak bila kerajaan negeri selangor nak hapuskan cukai pintu, pada aku ni satu lagi gula-gula pilihanraya untuk bodohkan rakyat selangor, janji pilihanraya dulu pun tak tertunai lagi nak buat janji baru.

Ada logik ke kerajaan nak hapuskan cukai pintu, sedangkan dengan cukai pintu itulah sumber pendapatan untuk majlis bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah, dengan wang kutipan cukai pintu itulah pbt selenggara longkang, kutip sampah, repair jalan dan lain-lain.

Bayangkan kalau cukai pintu dihapuskan, mana pbt nak cekau duit untuk buat penyelenggaraan? takan nak jual aset anak syarikat kerajaan negeri lagi kut?

Apa pun aku harap rakyat selangor jangan termakan dengan janji-janji bodoh kerajaan pkr tu, kita kena ingat, janji-janji pilihanraya lepas pun baru tunai satu je...

8 comments:

Anonymous said...

hang rasa tak logik sebab waktu umno perintah hangpa duk kedarah projek utk anak beranak..duit duk wat belanja pi disneyland..toksah kata cukai pintu..kalu ada cukai kunci pintu dan cukai bumbung umah pun x cukup!!!la ni orang duk buat kerja jaga duit elok2 dan tak wat perangai buruk macam hangpa.duit tu adala..toksah duk buat bengong pulak..style pakatan gan umno perintah dan jaga duit rakyat tak sama!!

Anonymous said...

Pigidah, aku rasa kalau pakatan memerintah semua cukai naik 300-500% adalah.Pakatan Pembohong!

mat selangor said...

salam anon nov13 2.00pm
boleh wat mcm yang dirancang tapi tunaikan dulu janji pilihanraya yang lepas.janji PRU12 pun belum abis dah nak wat yang baru.
Kerajaan sepatutnya menjaga harta kerajaan dengan baik dengan cara menambah pegangan harta bukan mengurangkan pegangan harta dengan menjual untuk mendapatkan wang.Dah tu pada sapa yang dia jual n sapa yang mampu pulak beli bila diusahakan dengan projek komersial.sokong pun sokong juga le tapi jangan sampai sokong bawa rebah.
LU PK LE SENDIRI

Anonymous said...

janji nak kurangkan cukai pintu 20% pun tak dilaksanakan, ni nak hapus terus pulak? nampakla sangat nak membohong

usin said...

janji dlm pru 12, cukai pintu akan dikurangkan. selepas menang, cukai pintu dinaikkan. utk yg akan dtg, cukai pintu akan dihapuskan. boleh teka apa yg akan berlaku? bnyk pintu2 yg akan dihapuskan terutama pintu2 rumah rakyat marhein utk projek2 mewah...

Tee Jay said...

setuju dengan usin... janji nak turunkan cukai pintu dah terkandung dalam manifesto PRU 12 dulu...tapi tak tertunai pun...sekarang ni nak hapuskan pula...kepala hotak Khalid pembohong merakah

Anonymous said...

ya...pakatan memang kaki kelentong...

Anonymous said...

janji dlu pn tak abes tunaikn lg