Ketua Setiausaha Negara Jadi Duri Dalam Daging...

Dah banyak sangat cerita yang tak elok pasal (ksn) ketua setiausaha negara ni, cerita ni datangnya dari berberapa kawan-kawan aku yang berkhidmat dalam kerajaan dan ptd (pegawai tadbir dan diplomatik) mereka kata dia ni jadi duri dalam daging dalam pentadbiran najib.

Banyak projek-projek kerajaan dan permohonan yang dia cuba sabotaj, malah aku dengar dia jugalah yang mengarahkan segelintir pegawai-pegawai ptd supaya jangan melayan surat-surat sokongan dari menteri, dek kerana itu, banyak surat sokongan dari menteri hatta dari timbalan perdana menteri dan perdana menteri di bakul sampahkan oleh berberapa pegawai ptd yang berkuasa di setiap kementerian.

Memang payah untuk aku ceritakan satu persatu apa yang berlaku di antara pegawai ptd dan orang politik, tapi nak tak nak aku kena cerita juga, pasal banyak orang menyalahkan umno/bn sekiranya sesuatu permohonan mereka di tolak oleh kementerian atau agensi kerajaan, walhal yang berkuasa menerima atau menolak sesuatu permohonan tu bukan ketua umno bahagian atau menteri tapi iadalah bidang kuasa pegawai ptd yang belum tentu menjadi ahli umno atau mengundi umno/bn dalam pru akan datang.

Malah ada yang bagi tahu kat aku, kebocoran berberapa maklumat sulit yang jatuh ketangan pembangkang ianya di bocorkan oleh berberapa kerat pagawai ptd dalam berberapa kementerian penting, kenapa itu boleh berlaku? ada yang kata, ini di sebapkan ksn cukup besar kepala, melawan cakap pm dan tpm dan bertindak sesuka hati.

Aku mohon info dari pembaca untuk mengesahkannya, kerana aku nak tengok info korang sama tak dengan berberapa info yang aku dapat sebelum ni, korang boleh email kat aku.

Comments

Anonymous said…
najib tak boleh buat ape2 pun pada si ketot tu, dia ni kebal semacam, silap najib juga pergi sambung kontrak dia.
Anonymous said…
bukan tu je, cikgu yang patutnya mengajar anak bangsa jadi pandai, menyampaikan bahawa Najib dan kerajaan pemimpin kejam... bila anak balik sekolah tanya apa yang kita perlu jawab... itu baru cikgu belum lagi yang pangkat besar seBESAR KEPALA dia..
Anonymous said…
Powerless seorang KSN kalau dok ikut telunjuk politician. Politician datang silih berganti, tapi kami penjawat awam tetap bekerja walau siapa pun menteri yang berkuasa. Mungkin terlampau kasar untuk katakan dia melawan kata PM, TPM.

Berkenaan surat-surat sokongan pula, aku rasa dah lama sepatutnya practice lapuk ni dihentikan. Sebab yang akan untung adalah kontraktor-kontraktor besar, tapi yang tiada surat sokongan macam mana? Tidakkah ianya menggugat rezeki mereka.

Jangan sampai jadi macam kontraktor projek Istana negara. Besar kepala dan menidakkan fungsi JKR sebagai jabatan yang memantau projek tersebut. Kononnya sebab ada relation dengan orang-orang kehormat, segala masalah yang timbul dalam projek ni JKR tidak dibenarkan masuk campur atau buka mulut. Ini amat merugikan wang kerajaan bila projek mega tapi hasilnya hampas.
Anonymous said…
setuju dgn komen no.3 tu.... itu amalannya... kontraktor n pembekal yang kelas F dan yang kais pagi makan untuk semalam siapa yang nak bantu kalau semua nak kasi dgn yang ada surat sokongan... pekeliling pun dah ada yang menyatakan tander.sebutharga/belian terus hendaklah telus dan mengikut arahan yang telah ditetapkan... Rezeki ada dimana2 dibumi Allah... cari dan koreklah dengan tangan yang jujur dan ikhlas...Kami pun mengundi juga jgn perkecilkan kami penjawat awam... walaupun saya sudah bersara th 2009 namun jiwa saya masih dlm penjawat awam sebab saya dapat pencen setiap bulan...

Melayan permohonan dari yang ada surat sokongan adalah amat sukar dan merekalah yang selalu yang bertaburan di ofis2 bertanya itu ini, bila nak mesy... bila keputusan dan mcm2 lg... kalu yang kecil2 tu elok je... senyap je... takde nak sibuk2 tanya ke tpn ke... sampai masa selesai hantar LO kt dia... mereka takde pun jumpa kami.. jd senang kerja kami tak pilih bulu... rezeki itu Allah yang tentukan... ingatlah.. tuan/puan... maaf sekiranya terlebih... kerana itu adalah sebenarnya yang berlaku!!!!!!
Anonymous said…
maknanya tak payahlah layan surat orang politik, layankan je la surat dari pegawai ptd yang berkuasa, kena ingat pegawai ptd pun ada bagi juga projek untuk kroni dia, orang politik minta projek pasal untuk aktiviti parti dan kawasan dia, kalau pegawai ptd bagi projek untuk kroni dia, rakyat dapat untug ke?
Anonymous said…
DALAM KES INI PEGAWAI YG MELULUSKAN KENA KAJI DAN SELIDIK LAH SETIAP PERMOHONAN DARI AHLI2 POLITIK DAN TIDAK WAJAR SAMA SEKALI TERUS MENOLAK TANPA USUL PERIKSA..MUNGKIN PERMOHONAN TERSEBUT BETUL2 DARI PERMOHONAN YANG JUJUR DAN AMAT MEMERLUKAN.DAH RAMAI YANG TAHU BETAPA RAMAINYA PENJAWAT2 AWAM YG TIDAK JUJUR DGN MAJIKAN MEREKA@KERAJAAN

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.