Lagi Surau DiRoboh Di Selangor...

Penduduk rumah pangsa kos rendah Indah Court di Jalan PJS 11/7a di sini, membantah cadangan pemaju merobohkan surau yang dibina mereka berhampiran rumah pangsa berkenaan sejak lebih sedekad lalu.

Bantahan itu dibuat kerana mereka tidak bersetuju dengan tindakan pemaju membina surau ganti di tingkat empat, bangunan tempat letak kereta yang akan dibina di bekas tapak surau terbabit.

Surau yang dibina penduduk dengan kos RM93,000 itu akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan tiga blok kondominium 30 tingkat dan 10 unit rumah kedai serta pejabat di kawasan berhampiran.

Penaung surau, Datuk Shaiful Nizam Abdullah, berkata tindakan itu tidak wajar kerana ia dibina hasil wang yang dikeluarkan oleh penduduk sendiri selain sudah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sekitar 1997.

“Saya tidak faham mengapa pemaju dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) begitu mudah hendak merobohkan surau yang kami bina dengan duit sendiri.

“Lebih menghairankan, jika hendak menaik taraf Indah Court, mengapa pula surau ini dirobohkan?
“Kami bina surau ini bukan secara haram tetapi selepas kelulusan MPPJ. Lagipun, tidak sesuai jika surau dibina di atas lot parkir kerana ia menyusahkan penduduk untuk beribadah dan membuat kenduri. sumber: berita harian.

Comments

Anonymous said…
mana perginya pejuang dan pembela khalid gereja. jika kuil hindu bermati-matian beliau pertahankan. rasanya eloklah khalid samad tukar sahaja arah kiblat beliau
Anonymous said…
coba tanya alustaz azhar idrus ttg hukum orang2 yg merobohkan surau..beliau tentu lebih tahu..guane ustaz?ke pakatan dibolehkan merobohkan surau?
Anonymous said…
tak payah tanya pada ustad ganja tuh buang masa jer ni spesis wali selipo
Anonymous said…
gi mampoz sama khalid samad murtad
Anonymous said…
nak tgk juga komen komen dari puak puak pembangkang ni pasal isu surau.dah 2 surau nak di roboh..udah udah lah wahai puak puak fuckatan..korang buatlah cerita pasal rosmah dan najib,korang buatlah cite pasal rasuah dan benci UMNO..namun isu surau serta agama islam puak ni senyap...!!..memang bangsat parti politik pembangkang ni..aku tetap undi BN untuk akan datang.Selagi isu kecil sebegini tak boleh di selesaikan macam mana pula nanti isu besar akan datang
Anonymous said…
ITULAH DULU PRU12 HANGPA DOK PI PANGKAH PKR/DAP/PAS PASAI APA, MARAH LA TU KAT BN.

HAH, SEKARANG HANGPA NAK KATA APA. HANGPA SENDIRI DULU YANG PILIH.

PRU13 NANTI HANGPA NAK TUKAQ BALIK KA KE BN ATAU NAK PANGKAH PKR/DAP/PAS LAGI.

NASIB LA HANGPA.

-ART-

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.