Luahan Hati Seorang Penyokong PAS...

Nik Aziz agak jelas mengasingkan dirinya dari Ambiga yang menjadi antara jurubicara festival ini yang bakal dirasmi beliau sendiri.

Pemuda PAS konsisten dengan pendirian mereka dalam menyuarakan kepekaan mereka dalam isu sensitif begini sepertimana yang telah Ust. Nasharuddin bertegas ketika menyokong HIMPUN (namun janji beliau untuk hadir HIMPUN tidak kesampaian dek dihalang oleh Presidennya sendiri dalam perbualan telefon di pagi hari HIMPUN itu – agak menyesal juga Ust. Nasha gatal tangan menekan telefon pagi itu).

Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) membuat kenyataan menentang keras program Seksualiti Merdeka 2011 kerana bertentangan dengan cara hidup semua agama khususnya Islam.

Manakala blog tokoh-tokoh politik PAS lain tidak menyentuh langsung isu LBGT ini, baik Khalid Samad, Hanipa Maidin atau Dr. Zul. Dr. Zul hanya sekadar tweet bahawa “Perkara 11 FC: Agama Islam, semua agama dan moral philosophies larang gay dsbnya.. “, beliau sendiri tidak membuat suatu pendirian tegas membantah Seksualiti Merdeka dan tweet tersebut tercetus sebagai latahan apabila dijolok dengan dituduh sebagai “… Poodle DAP. Sokong Ambiga masa Bersih 2.0 skrg masih sokong?“

Untuk tokoh-tokoh DAP bantah memang kita jangka sukar sedikit. Tidak ada dalam blog mereka (Karpal, KLS dan LGE ataupun laman rasmi parti) menyentuh isu ini, kecuali jika mereka tweet, yang itu IB tidak ikuti.

Yang menjadi persoalan besar IB dan mungkin ramai juga orang lain ialah menantikan suatu patah ayat dari Anwar berhubung isu ini. IB tidak temui sebarang komen atau posting di dalam blog Anwar, semenjak bulan November ini walaupun terdapat beberapa posting dan komen pada hari ini – semuanya sekitar isu lain.

Namun apabila diikuti tweet beliau:

@anwaribrahim: Dijelaskan:tdk setuju@MZuhairy: DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011.. Lawan tetap lawan..Jum ? (7 hours ago)

Apa yang IB faham: Anwar tidak setuju halang Seksualiti Merdeka apabila menjawab tweet MZuhairy: “DS kita kena halang Seksualiti Merdeka 2011“ artikel dari tranungkite.

Haa..haa... aku dah agak dah, anwar mesti sokong punya...

Comments

Anonymous said…
main bontot..sesama sejenis itu semua budaya bangsa arab yg bawa sejak zaman nabi lg.apa nak kecoh2,bukan asal budaya barat pun.nabi pun gagal bendung,ini kan kita manusia biasa tu yg sampai ke sekarang terime jer hakikat kejadian tuhan dan dunia akhir zaman, Al-Quraan pun menyatakan apa yg akan berlaku bila tanda2 Qiamat hampir berlaku.huhuhuhu.Jgn kita hanya pandai menjunjung Al-Quraan tapi kita menidakkan kandungannya.salah satu tandanya perkara2 mungkar akan berleluasa di muka bumi ni..Sekadar renungan bersama.
Anonymous said…
Pada saya sekarang ini, sesiapa pun dari Pas atau PKR, mahu pun parti Pas sendiri atau PKR sendiri membuat kenyataan menentang mengenai seks cara gila ini,semuanya sudah tidak bererti.Sedikit pun saya tidak akan menghargainya.Ini adalah kerana dua parti inilah yg menjadikan puncanya cacing naik ke mata begini.Bagai saya perbuatan kumpulan ini seperti mencabar budaya Melayu dan ugama Islam yg di daulatkan di negara ini.Sampai bila-bila pun saya tidak akan memaafkan mereka berserta PAS dan PKR sekali.Saya mendoakan khancuran dan laknatlah untuk semua pemimpin PKR dan Pas yg selama ini bersingkokol dgn puak 'pejuang' hak asasi maknusia ini.Nik Aziz, Hj Hadi, Anwar Wan Azizah,Nurul Izah,Azmin semuanya boleh blah.
Anonymous said…
Nampak ketara Anuar tak buat statment yg jujur dlm hal LBT,ada udang sebalik mi,dia takut kehilangan sokongan di peringkat antarabangsa daripada golongan ini.so dah nampak tembelang dia makin pecah.mana mungkin dia nak komen dgn nada keras,sebabnya dia salah seorang daripada golongan tersebut.so fikir2 lah sendiri.
Anonymous said…
sokonglah hudud supaya kaum jenis ni di sula habis...

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.