Nasib Kakitangan Kerajaan Kiranya DAP Berkuasa...


Kenyataan Media

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mendedahkan jika pakatan pembangkang berjaya memerintah kerajaan pusat ia akan meluluskan program untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam setiap tahun.

GAPS memandang serius hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.

Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.

Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa serius nya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.

Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam. Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihan nya. Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.

GAPS ingin menempelak hasrat pakatan pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang. Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.

GAPS akan mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik.

Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah. Itu sebabnya untuk sekian kali nya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chavanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

4 Nov 2011

Comments

Anonymous said…
Dari dulu lagi aku dah agak benda ni akan timbul. Tapi aku harap biarlah laksanakan sekarang oleh BN coz siapa-siapa yg pro pembangkang dalam khidmat awam ni boleh la ditendang keluar terlebih dahulu.
Unknown said…
Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini..Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com/
praha2 said…
eden nak buet komen tontang kato kato sianwar ni. bukan dio yang menentukan samo ado haji najib tu akan diterimom atua tidak olih Allah swt. dio tak hak nak komen mengapo oran mosti haji balek baik atau tidak. dio mengaku dah poi dua kali tapi perangai tak berubah. menfitnah, mengator, mencaci oran dan macam macam lagi termasuk meliwat. apo oran macam ni dah poi haji? mashallah di ampun dosa nyo yan Allah. sepatutnyo oran dah haji tak buet cam tu. samo do dongan si ajis tu jadi tanyo diri sendiri-ako ni dfah haji tapi tak menampakkan sebagai oran yang jadi haji.
Anonymous said…
Bukan saja kakitangan awam akan di kurangkan,malahan orang Melayu tak usah berangan-angan lagi nak menjawat sebarang jawatan awam.Untuk tempuh tertentu dan mungkin juga selama-lamanya jawatan baru akan di penuhi oleh geng DAP.Orang Melayu hanya akan diberi jawatan pemandu,pelayan pejabat dan paling tinggi kerani ketika itu nanti.

Apabila 40 % atau lebih jawatan awam sudah di penuhi geng DAP,semuanya akan di kuasai oleh mereka,pemerentahan dan ekonomi semua didalam gengaman mereka.Pada ketika itu rasuah tetap akan berlaku malahan lebih berleluasa,rasuah akan dilakukan dikalangan mereka yg langsung tidak tertakluk kepada hukum halal haram lagi.Selama ini pun yg melakukan rasuah bukan kalangan mak cik dan pak cik di kampung,tapi di amalkan oleh para peniaga tamak yg sebilagan besar nya adalah geng mereka.Jadi bolehkan gulungan ini di percayai ?.Ceyanunalif sama ceyanunalif rasuahnya lebih hebat,percayalah.

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.