CONMAN Macam Nie Pun Kerajaan Nak Tolong Ke...???


Pernah buat berjuta juta masa dapat kontrak sukan Komanwel dulu tapi dia buat cerita dia kena tipu dengan seorang anak bekas menteri yang dulunya tolong dia.tapi dalam dok kata dia kena tipu, mampu pulak dia beli Harley Davidson Road King yang sama dengan sultan Johor pakai tu.

Pernah dapat pertolongan dari kerajaan Barisan Nasional Selangor, lepas tu dia tuduh exco kanan Umno pulak yang tipu dia. 

Lepas tu dia dapat pulak kontrak berjuta-juta untuk pasang stesen TV 9, dah dapat berpuluh juta dia tuduh pula TV 9 tipu dia lagi. dalam dok kena tipu lagi tu, boleh pulak keluar  tiga kereta mewah iaitu MERCEDEZS BENZ dan dua biji BMW.

Dapat lagi kontrak dengan Telekom Malaysia untuk buat bisnes KU band, dan lepas tu dia tuduh pula TM nak rosakkan melayu sebab tak bagi kontrak besar pada dia. perghh... nak kontrak besar-besar aje.

Tahun 2010 pula, Razak dapat pula duit berpuluh juta dari Magic Telecom Sdn Bhd untuk selamatkan bisnes KU band dengan TM, lepas tu tanpa segan silu dia pun buat kerja yang sama, tuduh Magic Telecom tipu dia dan sapu duit Magic Telecom, lepas tu pergi mahkamah minta gulungkan Magic Telecom. Tup-tup dia beli Mecedes CLS baru.

Dia ni katanya penyokong kuat kerajaan, tapi bila kerajaan dah tolong dia macam-macam, apa dia buat? Dia pakat dengan pengkhianat Jeff Ooi yang saja nak hentam kerajaan? Sampai Jeff Ooi dan Mahfuz Omar bawak cerita dia dalam Parlimen, nak hentam kerajaan.

Ada yang kata yang dia ni sangat prihatin dengan bangsa melayu dan banyak berbakti pada bangsa kononnye la, tapi haram gaji pekerja-pekerja dia yang majoritinya melayu pun dia tak bayar sejak dari November 2010 sampailah sekarang. lampiran gaji klik sini... cerita lanjut mengenai conman ini klik sini dan sini.

komen aku: inilah contoh terbaik orang yang hidup dalam circle umno, masih banyak lagi orang-orang yang berperangai macam ni, inilah punca rakyat benci pada kerajaan adalah kerana orang macam ni, mereka menjadi kaya raya, mendapat kontrak dari kerajaan dan kemudiannya menipu rakyat.

Comments

Anonymous said…
apa ni bro..relex le..Pak Lah..Kak Ijat leh dapat projek..tak kan orang bawah x leh kut..mana aci..hehe..kalu nak sound..sound la sama yg kat atas22 sama..oii..mana acii..ahli2 bawah je kene.hehehe

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.