Pas Mula Pening Dengan Pemecatan Hasan Ali...


Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melalui satu tinjauan yang dijalankan mendapati tindakan PAS memecat keahlian Dr Hasan Ali hanya memberi kesan minimum di kalangan masyarakat Melayu, kata pengarah operasi PPP, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.Katanya, tinjauan tersebut menggunakan dua kaedah, iaitu dengan menilai komen pembaca di media baru seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Berita Semasa dan Youtube.

Manakala kaedah kedua ialah melakukan wawancara dengan responden terpilih yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara.Beliau berkata, sekiranya merujuk kepada maklumbalas pembaca Malaysiakini dan Malaysian Insider mendapati "kesan positif pemecatan dilihat lebih ketara berbanding kesan negatif"."Dengan mengambil kira julat sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil selepasnya, iaitu antara 45 peratus hingga 55 peratus, kesan negatif pemecatan Dr Hasan dilihat masih dalam lingkungan julat tersebut."Sehubungan itu, boleh disimpulkan kesan negatif pemecatan Dr Hasan Ali tidaklah membimbangkan," kata Dr Ahmad Zuhdi dalam satu kenyataan semalam.

Mengakui tinjauan dibuat dalam tempoh singkat dan kaedah yang  agak mudah, beliau berkata temubual responden yang mewakili 24 kawasan parlimen di seluruh negara dapat memberi gambaran awal, kesan pemecatan terhadap pengundi Melayu khususnya pengundi atas pagar."Hasil penilaian terhadap komen pembaca berkaitan dengan isu pemecatan Dr Hasan Ali ini, didapati 85 peratus pembaca Malaysiakini dan 67 peratus komen pembaca Malaysian Insider adalah positif terhadap pemecatan itu.

"Manakala bagi pembaca Berita Semasa pula 44 peratus menyokong pemecatan, manakala 49 peratus tidak menyokong dan selebihnya  tidak pasti," katanya dalam satu kenyataan.Menurutnya lagi, berdasarkan tinjauan penonton klip Youtube berkaitan pengumuman pemecatan itu yang diterbitkan TVPAS pula, mendapati 273 daripada 67,796 penonton, memberi maklum balas sama ada 'like' atau 'dislike' yang didakwanya boleh menjadi petunjuk sama ada menyokong atau tidak."80 peratus daripada 273 penonton yang memberi maklumbalas itu, menyatakan ‘like’ yang boleh digambarkan sebagai positif terhadap pemecatan tersebut.

"Melihat kepada penilaian terhadap respon pembaca dan penonton media baru, kesan positif hasil daripada pemecatan Dr Hasan Ali adalah lebih dominan," kata Dr Ahmad Zuhdi.Menurutnya, tinjauan melalui kaedah wawancara juga dibuat dengan 24 yang dipertua PAS kawasan - yang dianggap berpengalaman dalam kegiatan politik - disebabkan keterlibatan mereka secara langsung dengan masyarakat akar umbi.Katanya, hasil wawancara itu dapat disimpulkan bahawa ahli PAS tidak langsung menimbulkan reaksi negatif berhubung pemecatan itu.

“Manakala bagi masyarakat awam pula khususnya pengundi Melayu, sembilan yang dipertua PAS kawasan menjangkakan pemecatan itu boleh memberi kesan negatif kepada kawasan mereka, manakala 15 yang lain melihatnya memberi kesan yang positif atau tidak memberi apa-apa kesan,” jelasnya.Sembilan kawasan tersebut ialah Parit (Perak), Tampin (Negeri Sembilan),  Alor Gajah (Melaka), Mersing (Johor), Setiu dan Besut (Terengganu), Arau (Perlis), Jeli dan Gua Musang (Kelantan)."Berdasarkan hasil wawancara tersebut, boleh disimpulkan penerimaan masyarakat Melayu di kalangan bukan penyokong parti  terhadap pemecatan tersebut adalah terpecah dua iaitu 50–50," katanya.

Komen aku: boleh percaya ke survy nie....???

Published with Blogger-droid v2.0.3

Comments

Anonymous said…
pada pendapat aku kalau nuar dipecat umno berapa % yang keluar parti umno masa tu, kita boleh beranggap sebanyak % tu lah yang keluar dari pas dan kalau setiap hari ada ceramah angka itu makin bertambah.
Anonymous said…
tak leh percaya punya survey.. bukan realistik..
Anonymous said…
cess survey xdak source, sapa2 pun leh wat survey camtuh...
DENORISH said…
Apapun pas dah kecut perut hari-hari ada penyokong pas yang keluar pati. Allah telah menunjukkan kebenarannya.
Anonymous said…
julat ke jilat bntot DAP,PAS tetap risau Hassan Ali SELAK KAIN pemimpin parasit pas mesti ada yang bontot panas la bila pendedahan yang akan berlalu,jadi utk mereda tekanan ckp la mcm itu nie
usin said…
tu laa.. gatal sgt ikut ckp azmin. sekarang ada azmin kesah pas tgh kelam kabut? lg suka ada la. kenapa la pas ni tak cerdik2 dgn permainan parti lain. namapun politik. dia ingat dgn umno je kena waspada. dap & pkr tu jujur sgt mcm malaikat. tak serik2 lg jd keldai. sekali2 jd gembala kan ok...
belang said…
survey tersebut benar tetapi metod sampelnya shallow dan tidak sistematik. Sampel diambil dari 3 ruang utama iaitu Mkini, MInsider dan TVPAS yg dipunyai oleh pembangkang.

Sampel Mkini dan MInsider adalah majoritinya non muslim dan hanya relevan kpd mungkin kurang dari 10% manakala TVPAS mempunyai rating yg rendah. Kesimpulannya survey terbut mempunyai accuracy mungkin dlm julat 10-20% manakala kesan katas PAS hanya terhad kpd respon ahli pas kpd pemecatan hassan ali dan bukannya sokongan org awam terhadap berita tersebut. YG pasti pas terdesak mengkaji kesan pemecatan hassan ali tersebut dlm menetukan sokongan org islam bg PRU13 kelak.
Dot said…
belang,

tu nama dia survey syok sendiri!!!

patut ambil sample secara rawak.

tanya plak orang awam yg ditemui di merata tempat. bukan play safe cari pencacai sendiri!!

pas lupa orang atas pagar yg tolong lonjakan pr masa pru12 dulu?
Anonymous said…
MEREKA SALING BERSERABUT,SALING PENING,AKU LIHAT JANGGUT ULAMA PAS DAH KUSUT MASAI....ALMAKLUMLAH BALA DAH DATANG DAN TAK SEMPAT NAK SEMBAHYANG TOLAK BALA..KAH.KAH..KAH....SEMUA SURVEY TU TAK BOLEH PAKAI DAN HANYA UNTUK MERAWAT HATI-HATI TOK GURU YANG RAWAN DAN HIBA...BANJIR BESAR AKAN MELANDA UMAT PAS..BILA LAGI NABI-NABI DAN TOK TOK GARU MEREKA NAK SIAPKAN BAHTERA HIJAU...APA YANG PASTI PAS SEMAKIN JAUH DARI HATI UMAT YANG MASIH ADA AKAL....YANG TINGGAL KINI PEMIMPIN DAN HAMBA RAKYAT PAS YANG TIDAK BERAPA CERDIK MASIH SETIA DENGAN PAS.....ORANG YANG CERDIK DAN BERKUALITI DAH LAMA TINGGALKAN HABITAT PAS YANG HANYIR DAN KOTOR...MEREKA INILAH YANG MASIH BERGELUMANG DENGAN NAJIS DAN TAHI...HATI DAH TERTUTUP RAPAT DAN DAYA FIKIR DAH TAK BEGUNA LAGI...DAH TAK BOLEH PAKAI......KONDEM....ROSAK....SAKIT
Clarkfibq said…
belang, tu nama dia survey syok sendiri!!! patut ambil sample secara rawak. tanya plak orang awam yg ditemui di merata tempat. bukan play safe cari pencacai sendiri!! pas lupa orang atas pagar yg tolong lonjakan pr masa pru12 dulu?

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID