Breaking News
Loading...
February 14, 2012

Info Post

Rancangan PAS untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Valentine hari ini menerima tentangan hebat daripada rakannya di dalam Pakatan Rakyat.

Nasrudin sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa agama di negeri berkenaan akan menjalankan pemeriksaan pada Hari Valentine bagi menghentikan perlakuan yang mengundang dosa seperti seks bebas.

Dia yang bakal merasmikan kempen berkenaan, turut diminta supaya "menutup mulut" berhubung program berkenaan.

Gesaan itu disuarakan ADUN Sungai Pinang Teng Chang Khim melalui laman Twitter, yang turut menulis bahawa pertentangan pendapat seperti itu tetap dilakukan secara terbuka dalam Pakatan.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula berkata, kawalan moral ke atas sambutan Hari Valentine bukanlah satu dasar yang disepakati Pakatan.

Lim berkata demikian melalui tulisannya di laman Twitter ketika menjawab gesaan daripada seorang lagi pengguna laman itu supaya DAP menyatakan pendirian berhubung kempen PAS tersebut.

5 comments:

Anonymous said...

Bila pas nak buat demo bantahan...

Anonymous said...

PAS HANYA BERSUARA SAJA...
BERSUARA TAK SEMESTINYA BUAT...

TAHNIAH PAS...

TOLONG TUKAR LA HALA TUJU POLITIK KORANG YG NAK MEMPERTAHANKAN ISLAM...
BAIK KO KATA TERUS YG KORANG NI PUAK SYIAH...
LAGI SENANG...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

SELAGI PAS DALAM PAKATAN MEREKA HARUS AKUR PADA DAP DAN KEADILAN. JADI ELOK SAYA RASA PAS TOLONG DUDUK DIAM2 KERANA INI ADALAH HAJAT PAKATAN RAKYAT. KALO TAK SUKA PAS BOLEH BERAMBUS DARI PAKATAN..WAA OLANG TALAK MAU KASI SAMA LU MAA PAS...LU JANGAN MIMPI MAAAAA.....LU OLANG PAS HAA ITU MACAM GUNTING DALAM LIPATAN MAA...

Anonymous said...

nasib baik ada pas..kurang2 dap nie takut sikit nak hina islam..nak harap kan parti lain takde maknanya...lagi disokong ada la..pastue mca lak berani hina islam ckp islam rasuah..parti seangkatan dgn dia hanya dia membisu mcm takde bodek maybe bodek bagi anjing makan agaknya...nasib baik perkasa ada boleh sound sikit kat pemimpin mca nie

Anonymous said...

Apakahjadah Pas masuk pakatan sekiranya apayang diperjuangkan ditentang bulat2 oleh DAP.Baru sekarang nak bersuara itu pun bila dapati sokongan terhadap Hasan Ali dah jadi tsunami.Inilah dinamakan pemimpin kereta sorong.( bergerak apabila ditolak)