Breaking News
Loading...
March 26, 2012

Info Post
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mempertingkatkan program outreach ke kawasan tumpuan masyarakat India di seluruh negara bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, tugas tersebut akan dilakukan oleh sebuah pasukan petugas kementerian bagi menjejaki golongan miskin di kalangan masyarakat India terutama mereka yang tinggal di estet-estet dan bandar-bandar.

Saya tahu mereka (segelintir masyarakat India) susah hendak keluar ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan.

Beliau berkata seramai 738 peserta azam niaga dan azam khidmat kaum india di selangor dan kuala lumpur menerima barangan permulaan perniagaan (start-up kit) pada program karisma 1azam uyarvom.

sumber berita dari utusan online dan bernama.

komen aku; apa kerajaan pakatan buat untuk bantu kaum india...??? ingat lagi peristiwa kampung buah bala...?



















1 comments:

Anonymous said...

SIAPA YANG TAK INGAT KATA-KATA ANWAR DI KAMPUNG BUAH PALA DULU, ORANG INDIA RASA CUKUP TERHINA.