Breaking News
Loading...
May 17, 2012

Info Post
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat merasmikan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan di Sunway Pyramid semalam.

Hari Belia kali ini dijangka bertambah meriah dengan adanya penganjuran Himpunan Jutaan Belia yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Perhimpunan khas buat golongan belia itu seperti tahun lepas penganjurannya, menerima sambutan memberangsangkan yang
diadakan di Putrajaya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan di hadapan kira-kira 1000 orang belia disini, menyarankan golongan pelapis negara itu menjadi individu yang sayangkan negara dengan menolak sebarang unsur ganas dalam negara.

Tambahnya lagi, amanat Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang mahukan belia negara menjadi pelapis berguna untuk negara akan tercapai.

Turut hadir dalam majlis perasmian ini, Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, Dato ' Sri Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Himpunan Jutaan Belia anjuran Kementerian Belia dan Sukan akan diadakan di Putrajaya dari 23hb hingga 27hb Mei ini.

0 comments: