Sahih... Nurul Izzah Akan Bertanding Di Parlimen Titiwangsa...

Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.

Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.

Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut, Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.

Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana, apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.

Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.

Sementelah lagi sudah sekian ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN, nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi, kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS, Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.

Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut, PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS. 

Pada PRU 2008, Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi. Wee, bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.

Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat, tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara, angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.

Comments

Anonymous said…
Kalau benih baik letak kat darat jadi bukit, letak di laut jadi pulau bro.......tak kesah le kat mana dia nak bertanding, yang penting najismonggol istihar bubar parleman dulu......ada berani?
Anonymous said…
benih peliwat dan penzina ni cakap org lembah pantai semua suka dan sayang dia, apa tercampak ke titiwangsa pulak?

parlimen tetap akan bubar, bila itu bukan masalah, sampai masa mengundi jela, takde langsung ada kaitan dengan berani ke tidak.

kalau pakatan haram rasa berani sangat, bubarlah DUN selangor, kedah, kelantan dan penang sekarang untuk diadakan pilihanraya negeri, ada berani?
Anonymous said…
benih monggol letak mana??? kat perak MB istihar bubar nko orang tak terima lak. Lepastu taruk MB gelap. cecita ngok.
Anonymous said…
dia nak pindah sebab dia tahu parlimen tu akan menang mudah, lebih baik dia cari tempat lain dan beri pada orang yang tak popular pula di situ.

Begitu juga LKS dia juga patut pindah ke tempat baru kerana Ipoh mudah menang, lebih baik dia beri muka baru.

Strategi namanya tu, Bukan mcm orang di sinun tak berani na berganjak takut tewas
Mikel Padnos said…
Kalau benih baik letak kat darat jadi bukit, letak di laut jadi pulau bro.......tak kesah le kat mana dia nak bertanding, yang penting najismonggol istihar bubar parleman dulu......ada berani?

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.