Breaking News
Loading...
November 5, 2012

Info Post

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, beliau memang berhasrat merebut kerusi itu sekiranya parti juga bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan membuat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang atau Pekan, saya ikut.

“Jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya akan bertanding di Pekan. Itu kena tanya partilah, saya sanggup bertanding di Pekan jika parti suruh," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Dana Pilihan Raya Umum Ke-13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kesediaannya untuk bertanding kerusi di luar Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Komen ketua dewan ulama pas pusat pula, "hadi lebih sesuai bertanding di marang"

1 comments:

Anonymous said...

kalau parti suruh? Jadi Presiden buat apa? Jadi pak turut?