Breaking News
Loading...
January 2, 2013

Info Post


Pemberian tanah seluas lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Perak merupakan habuan politik yang membolehkan Pas mendapat kompromi DAP bagi meletakkan pemimpin mereka sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian tanah itu merupakan perkara yang amat luar biasa berlaku di Kelantan tetapi berjaya dilakukan memandangkan ia membabitkan pemimpin pakatan pembangkang.

"Apa yang berlaku antara dua sepupu ini adalah sangat luar biasa daripada kelaziman dalam kepemimpinan DAP dan kita tahu kepemimpinan atasan DAP juga tidak boleh mempertahankan mereka.

"Ini merupakan habuan politik untuk mereka. Disebabkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin (Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak) yang merupakan salah seorang pemimpin Pas, atas kompromi DAP, maka telah dilantik menjadi Menteri Besar".


Beliau mengulas pendedahan blog pisau.net sebelum ini yang mendakwa ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ming dan ADUN Pantai Remis, Nga Kor Ming ditawarkan tanah itu sebagai balasan menerima Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar pada 2008.

Namun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tanah bernilai lebih RM30 juta kepada pemimpin DAP itu dan menyifatkan berita tersebut fitnah.



5 comments:

Anonymous said...

tokguru ngoyak dale pah tak amalke rasuoh tapi bagi sedekoh atau hadioh jo...

Berita dari gunung said...

Kalau dah memang duduk dalam pakatan kenalah tolong menolong. Hadi dah peluk Lim Kit Siang. Nik Aziz pulak beri hutan balak ke dua sepupu dari Perak. Lebai Man, Lebai Ali dan Lebai Mat dari Kelantan tentu berasa hati......

Anonymous said...

hekalle.......cerita je takda inbois pon........laain la isu tanah ATM siap 19 inbois beli subang hidung. parti melayu dah diperbodohkan bollywood ha ha ha......tak lama dah ameno baru pun diharam jadah kan oleh........mamak juga......Sikit hari lagi deepak dapat Toon Depak.

Anonymous said...

anon 1.02 am..

cubaan spin citer ke..dah terang lg nyata..dap menglembukan pas..dlm byk2 company knp x bg je kroni dari pas..byk tu..nilainya juta2..

Anonymous said...

anon 1.02 am.. bodoh,
dah rasuah wat apa nak inbois...bodoh nya cacai..