RCI Sabah: Jual IC Agenda Peribadi Tak Kena Mengena Dengan SPR...


Mohd nasir sungip namanya tiba-tiba meletup dalam isu rci sabah, tapi siapa mohd nasir sungip ini...? sehinggakan pembangkan menggambarkan seolah-olah dia hero kepada mereka.

Mohd nasir sungip merupakan timbalan pengarah jabatan pendaftaran negara (negeri sabah) telah mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok satu operasi bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi. dari tahun 1992-1995, tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR. sumber: malaysiakini

Betul ke spr suruh jabatan pemdaftaran negara beri ic biru kepada pendatang supaya mereka boleh mengundi...? 

Mari kita baca dua keterangan dari bakas-bekas pegawai jabatan pendaftaran yang telah di panggil memberi keterangan dalam inkuari itu...

Bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.

Kemudian sorang lagi bekas pengarah JPN membuat pengakuan bahawa...

Bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan. sumber: malaysianinsider

Jadi sekarang, di mana timbul isu spr arahkan jabatan pendaftaran supaya keluarkan ic kepada pendatang supaya mereka boleh mengundi sedangkan kedua-dua mereka telah mengaku di dalam inkuari yang perbuatan menjual ic biru itu dibuat atas kepentingan peribadi bukan di arah oleh sesiapa.

Adakah ini cubaan untuk merosakan kredibiliti spr...?




Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID