RCI Sabah: Kes Jual IC Memang Ada Kena Mengena Dengan Anwar Ibrahim..
Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.
Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.
"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan.
"Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan.
"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia
Ok kita baca balik laporan inkuari RCI yang melibatkan dua orang bekas pengarah JPN, klik sini. kejadian tu berlaku sekitar tahun 1993-1995.
Kalau kita ingat balik, di tahun 1993 anwar mengalahkan tun ghafar bagi jawatan timbalan presiden umno untuk melayakan dia menjadi timbalan perdana menteri, sudah banyak duit dihabiskan oleh anwar dalam pertandingan merebut jawatan itu... (ingat pada masa itulah anwar perkenalkan politik wang kepada perwakilan)
Anwar terpaksa mencari sumber kewangan luar untuk mengumpul pula dana bagi pemilihan akan datang, merebut jawatan presiden umno, walau pun ketika itu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak di pertandingkan, tapi untuk melobi perwakilan bagi meminta mahathir memberi laluan kepada anwar jadi presiden umno juga memerlukan dana yang besar.
Jadi apa yang tun mahathir kata ada benarnya "Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan.
Comments
Dia bakal lihat kemusnahan UMNgOk Be-eNd hasil kerja tangan dia di depan mata!
Sekarang ni dok sibuk menyalahkan orang lain atas segala kesilapannya, diheretnya Tunku Abdul Rahman, Pak Lah... sampai ke Anwar pun dilibatkannya semata2 nak tutup kesalahan sendiri!
Sat lagi... bukan takat nyanyuk, bile BN kalah teruk PRU ni...sure hilang ingatan punye!
ABU-Asalkan Bukan UMNgOk...Be-eNd!
TUKAR...!!! Ini kali la...