Nizar Dedahkan Cara Mudah Pembangkang Beli Undi Orang Melayu...
Dengan memegang kepercayaan “jalan untuk ke hati adalah melalui perut”, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah bekerja untuk memenangi hati pengundi Umno dengan membelanja mereka sarapan pagi di kedai kopi kegemaran mereka setiap pagi Jumaat.
Sasaran beliau adalah untuk memenangi undi Melayu Perak, yang dilihat oleh pemerhati paling sukar untuk dimenangi Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013, akan tetapi Nizar mengatakan strategi sarapan paginya telah memberi keajaiban dengan penyokong setia Umno ini.
“Mereka suka sarapan percuma … mereka boleh pesan apa saja mereka mahu,” kata Nizar kepada The Malaysian Insider dalam wawancara baru-baru ini.
Comments