Najib Sengaja Cari Penyakit Kalau CKMM Kekal Di KDN...
Hishamuddin aka keris mudin aka ckmm (cium keris minta maaf) adalah satu contoh menteri yang paling gagal dalam sejarah malaysia, aku tak tau di mana kehebatan ckmm nie di mata najib selain dari sepupunya sehinggakan semalam dia di war-warkan akan di lantik semula ke dalam kabinet dan memegang jawatan menteri dalam negeri...
Tak banyak sikit aku senaraikan kegagalan ckmm sewaktu dia menjadi menteri dalam negeri...
kes irshad manji, pompuan yang menulis buku Allah dan kebebasan cinta, seorang pengamal dan penyokong hubungan LGBT, jamil khir menteri jaga agama terjerit-jerit minta kerajaan larang irshad manji masuk malaysia, tapi ckmm buat bodoh dan diam seribu bahasa...
kes malam merdeka tahun 2012, dalam kenyataanya ckmm kata, tiada insiden buruk berlaku, sedangkan pada malam itu gambar sepupunya najib di pijak dan di bontotkan oleh puak pelampau pembangkang...
kes bersih 3.0, beratus laporan polis di buat terhadap ambiga, tapi kemana perginya semua laporan yang dibuat itu...???
kes bersih 3.0, mana tangkapan terhadap perusuh perhimpunan bersih...???
kes filem tanda putera, ada juak-juak ckmm yang kata filem itu tidak boleh di siarkan kerana menteri penerangan ketika itu, rais yatim tak benarkan, sebenarnya semua itu silap, kita kena ingat yang tak luluskan filem itu untuk di siarkan kononnya di anggap rasis (padahal nak jaga hati orang cina) adalah lembaga penapisan filem yang di letakan di bawah kementerian ckmm, kalau dah lembaga penapisan filem tak luluskan untuk siaran, itu bukan salah kementerian penerangan...
kes paling klasik ialah lahad datu, aku tak perlu tulis panjang, korang semua sudah tahu kronologi peristiwa berdarah itu...
Jadi orang macam nie najib nak lantik jadi menteri jaga negeri...???
Pada aku ckmm hanya layak jadi menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat atau menteri sumber manusia atau menteri pelancongan atau tak payah bagi jawatan menteri langsung...
Comments
MEMANG LEMAU SELEMAU LEMAUNYA....