Breaking News
Loading...
September 3, 2013

Info Post

Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ditangkap polis selepas gesaan supaya pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka kerana mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya'.

Menurut seorang pegawai gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH, beliau pada jam 9 mendapat SMS daripada Adam, berbunyi:

"Aku dan Isham (Hishamuddin) kena tahan. OTW (dalam perjalanan) ke (ibu pejabat polis) Dang Wangi," SMS itu dipetik.

Adik kepada Adam Adli -- Amir Amin -- ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan itu. 

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) turut menggesa polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Hasutan terhadap Hishamuddin dan Adam Adli serta Sasterawan Negara daripada Datuk A Samad Said.

Perbuatan itu didakwa menghina Jalur Gemilang di Dataran Merdeka Jumaat lalu.

Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' jika ada laporan dibuat mengenainya.

6 comments:

Anonymous said...

Samad Said,polis takut nak tangkap ke?

Anonymous said...

TokPek Kong said:


Tangkap jangan lepas2 tauuu..janji tauuu !!

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tangkap, jangan tak tangkap. Buktinya amat terang dan nyata sepertimana di dalam Youtube. Dah terang, jadi jangan nak bersuluh lagi.

Tapi janji. Jangan lepaskan mereka sehingga keadilan (kepada mereka dan juga Negara) dilunaskan. Kalau tidak, nanti ramai lagi samudinrais-samudinrais menjelma di Malaysia ni.

Whatever punishment meted out will be observed keenly by the people. If it is only a tap on the wrist... well, may be I'll transform myself to be another samudinrais... After all I'll get an extensive free-of-charge exposure to the world through the Youtube.

Anonymous said...

Well said Anon 10.18

Anonymous said...

Padan muka. Ada ISA mansuh. Ada OD mansuh. Kalau Akta Pengangkutan Jalan mansuh gua 100% sokong. Bawa motor dan kereta tak payah ambil lesen memandu. Bawa kereta dan motor tak payah ambil road tax. Bawa motor dan kereta tak payah ambil insuran. Jimat banyak.

Anonymous said...

TOK, BERTAUBATLAH; ALLAH SWT MAHA PENGAMPUN!! Kalau Tok dah NYANYOK; kami paham! Tak payahlah ikut si sekoq lagi si NYANYOK budin-fikir-dia-james bond INGGERIS-pala hotak-betul , . ingat dia 'teror' sgtlah tu! Si mungkin-rent-boy-muka-macm-penagih-dadah sekoq lagi tu pun sama!

KDN dan juga JAKIM/JAWI, mesti juga masuk campur! Sebab penghinaan ke atas BENDERA JALUR GEMILANG tercinta kita, bukan saja mengancam Raja-Raja Melayu, PDRM serta keselamatan dan kedaulatan negara, tetapi mengancam Islam/umatnya, yg. juga dilambangkan oleh Jalur Gemilang kita.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.