Rasionalisasi Sabsidi Yang Tak Ada Rasionalnya Pada Poket Rakyat...


Satu demi satu rakyat Malaysia menghadapi siri 'rasionalisasi' harga barangan dan perkhidmatan selepas PRU13. Seolah2 kenaikan2 ini sudah tak tertahan nak dihambur keluar sesudah diperam lama sebelum pilihanraya. 

Jangkamasa dua tahun pertama selepas PRU ini kita akan melihat momentum segala2nya naik. Yang turun hanya lah hujan. Apabila memasuki tahun ke 3 kelak nadanya akan berlainan. Seterusnya tahun ke 4 dan 5 menjelang PRU14. Rakyat akan dihambur pula dengan wang di sana sini.

Saya melihat seolah2 ada yang tidak kena dengan pentadbiran Najib hari ini. Langsung perbandingan tidak dapat dielakkan dengan pentadbiran Tun dahulu. Zamannya berlaku juga kenaikan dan pengurangan subsidi ini. Ianya normal dalam mana2 sistem ekonomi. Tetapi tidak lah berturutan sebegini di mana kuasa beli rakyat juga disesuaikan dan difleksibelkan.

Walaupun saya penyokong kerajaan saya juga melihat 'kepelikan' ini di depan mata. Umno tidak semestinya perfect. Tetapi pilihan yang ada belum dapat meyakinkan saya beserta sebilangan besar rakyat Malaysia yang lain untuk mengubah sesuatu atau apa yang menjadi status quo selama ini.

P/s :minyak naik, gula naik, letrik naik, astro naik, toll naik apa pula nak naik lepas nie? Sumber

Comments

Anonymous said…
Terima kasihla bn...semua naik...hidup melayu!!!! Macai2 mane? X nk komen ke?nk tau gak hujah2 yg mempertahankan bn nih..contohnya..minyak naik..jangan guna minyak..letrik naik..jgn guna letrik..tol naik jgn guna highway...tak gitu macai2...
Anonymous said…
Apa nak jadi ni...dalam manifesto pru aritukan bn janji nak kurangkan kadar tol antara bandar..sekarang laen plak jadinya....sorry to say la ye...pru 14 undi aku akan beralih kpda pr...kalau org2 umno masih x sedar x tau la...aku dah x tahan lagi dah...percayalah sahabat2 ku yg masih setia dgn umno bila hampir pru nanti skrip lama akan digunakan..minyak akan diturunkan sekejap..tol akan dikurangkan sekejap...brim akan dinaikkan...melayu akan hilang kuasa kalau umno kalah...dan bla..bla..bla...lagilah...lepas dapat kuasa balik,semua akan dinaikkan balik...percayalah...oh bangsa melayu ku...mudahnya kau di permainkan oleh bangsa sendiri...
Anonymous said…
Kah kah kah...padan muka korang. Sapa suruh x menabung dri dlm buai lgi. Klau x mesti duit korang dah bertingkek-tingkek. Apa blh buat...yg penting M'sia aman
Surrhead said…
DET, artikel ni mmg meliputi semua lapisan masyarakat...diharap artikel ni dpt sedarkan seberapa org yg masih dlm kegelapan....tuk pengetahuan umum, saya jugak pernah pangkah tuk BN beberapa kali, lagi2 bila masa anuar dgn kes pertamanya tgh jalan. Dan skrg pun, saya bukan sokong anuar, tapi tuk sebuah kerajaan yg peka dan adil...
Anonymous said…
Mana lah makcik sambal belacan ni...lama dah dia x comment...tgh kumpul hujah2 nak pertahankan bee end ke?keh..keh..
Surrhead said…
akhirnya, MSB dah sedar lepas PAU2013....syukur alhamdullillah....

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.