Harga Minyak Dunia Dah Turun, Harap Gomen Turunkan Harga Minyak Di Malaysia...

Menurut AFP, harga minyak dunia kini $83.37 se-tong, kali terakhir harga minyak turun adalah dua tahun lepas iaitu $80.37 se-tong.

Dengan penurunan harga minyak dunia nie, aku berharaplah agar kerajaan yang perihatin dengan nasib rakyat terbanyak nie, bermurah hati la untuk turunkan harga minyak.

Menurut laporan AFP, punca harga minyak kini turun adalah kerana "over supply" dengan bahasa kampung bekalan minyak dunia berlambak-lambak, so dunia sekarang nie tak ada masaalah kekurangan stok minyak, bila dah berlambak sangat bekalan, maka tak logik untuk harga minyak di naikan...


Comments

Anonymous said…
Minyak gamat turun tk?
Anonymous said…
tengoklah najib mimpi apa malam ni. kalau mimpi ngeri, toksah harap harga minyak akan turun. br1m saja utk tahun depan dah berapa bilion, kena cover semua tu dgn perbezaan harga minyak mentah. jangan harap sangat...nanti melopong masuk langau...
Anonymous said…
Fikirlah sikit.
Minyak tu sumber pendapatan Malaysia.
Harga minyak dunia turun, pendapatan Petronas dan Malaysia turun.
Orang Malaysia pakai minyak dah disubsidi.
Subsidi pakai pendapatan negara.
Pendapatan turun, tapi nak tambah lagi subsidi yang sedia ada?

Nak Malaysia bankrap lagi cepat ke?Jadi macam Greece nanti, baru padan dengan muka.
Anonymous said…
Dulu kata nak apungkan harga minyak. Kenapa tak buat. Apasal takut kalau harga minyak turun macam sekarang ni syarikat kroni gulung tikar.

Kamu ingat br1m tu boleh ke tampung perbelanjaan orang yang berpendapatan 2000 kebawah. Fikir la sikit.

Betul minyak sumber pendapatan negara. Tapi petronas bukan korek minyak di malaysia sahaja ada berpuluh tempat laim di dunia yang petronas korek.

Takan turun harga minyak negara boleh bankrup. Greece bankrup pasal keborosan pentadbiran. Produktiviti kurang tapi pekerja minta gaji lebih.
Anonymous said…
satu tong USD 83.3
83.3 x 3.3 = RM284.89
satu tong = 158 liter
284.89/158 = RM174 seliter
harga diatas adalah untuk minyak mentah. Brapa pulak kos untuk diproses untuk mnjadi petrol dan kos2 lain seperti pengangkutan dan lain2. kita kena berfikir scara rasional dalam hal2 seperti ini.harga mengikut harga pasaran dunia. lebih murah harga minyak bermakna lebih banyak
duit diperuntukan untuk subsidi
yg lebih dinikmati oleh orang kaya.Ada baiknya peruntukan subsidi
minyak itu disalurkan kelain2 sektor yg ramai rakyat berpendapatan rendah dapat menikmatinya.
Kenaikan harga barang sebenarnya bukanlah benar2 disebabkan oleh kenaikan harga minyak tetapi disebabkan oleh kerakusan peniaga. Disini pentingnya orang2 yg diamanahkan sebagai pegawai penguat kuasa dan kementerian yg berkaitan menjalankan amanah yg diberikan.
Anonymous said…
Kerajaan dah bagi BR1M dah la. Nak bising apa lagi.
Anonymous said…
Petronas korek kat luar negara pun, dah harga turun, semua minyak turun. Pendapatan kurang sebab turun. Dulu dapat RM100, belanja tetap RM95 simpan RM5, sekarang dapat RM90, belanja lebih RM95. Hutang pulak RM5.
Anonymous said…
Hebat penyokong najib ni, harga minyak naik bagi alasan konon rasionalisasi subsidi semua percaya. Najib umum bagi BR1M. Semua senyap, angguk setuju. Jujur aku tanya antara BR1M 950 dengan harga minyak turun mana yang lebih beri menafaat pada rakyat terbanyak?
Anonymous said…
Mestilah subsidi minyak!
Terutamanya kepada rakyat yang mampu pakai kereta mewah tapi tetap pakai minyak subsidi tambah dengan rakyat yang seludup minyak subsidi ke luar negeri!Dok gitu?

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.