BN MENANG PRU, PAKATAN TUBUH KERAJAAN...


Nota: Ini hanyalah pandangan pribadi aku, tidak ada kena mengena dengan "kepala bapak kau" kbk, kim'k atau kim kardashian.

Kawan-kawan tanya bila pru ni? aku jawab pergi tanya Ah Jib Gor, dia sorang je yang tahu bila call for election.

Ditanya lagi boleh menang ke BN? aku jawab yer BN boleh menang, tapi berapa bijik kerusi yang BN menang aku tak pasti, mungkin lebih dari PRU 13 atau mungkin hanya cukup-cukup makan.

Mangkok tu tanya lagi, So pakatan tak boleh perintah malaysia la? aku jawab, silap haribulan, yer korang boleh tengok Mahathir jadi perdana menteri sekali lagi dan Ah Jib Gor amik tempat kak jijah.

Baik... kita sorot balik apa yang berlaku sebelum PRU 13 lepas...

BN tersentak dengan kehilangan 5 negeri kepada pakatan, cina sudah tidak berpihak kepada BN, peralihan undi melayu bandar ke pakatan dan beberapa faktor lain...

Mula dari tahun 2009, sebagai contoh di negeri selangor dalam misi BN ingin merampas semula negeri itu, di perturunkan segala jenis mak nenek jentera bagi mengempur kubu pakatan di selangor, segala macam jenis isu dimainkan, malah untuk menguatkan serangan BN selangor, Ah Jib Gor di bawa untuk menjadi kepala perang BN, segala kelemahan Khalid Ibrahim di layarkan kepada rakyat selangor dan segala jajahan takluknya.

Rapat-rapat umum boleh dikatakan berlaku saban malam minggu, pantang ada coti umum di selangor, maka ada lah rapat-rapat umum di buat oleh bahagian-bahagian pertubuhan kebangsaan melayu bersatu (baharu), sebut apa isu yang tak dilayarkan pada rakyat jelata selangor, isu air, isu pasir, sampah, jalan berlobang, empangan surut, hujan tak turun, kemarau, longkang tersumbat, kes gereja DUMC, penjualan aset pkns dan anak syarikat kerajaan negeri, sebut apa lagi isu, pergaduhan dalam mesyuarat cabang pkr, kalimah ALLAH, khalid samad, baling daging pig dalam masjid, sampaikan isu khalid ibrahim guna duit kerajaan negeri tukar bateri kereta lexus dia pon di layarkan kepada rakyat selangor sebagai salah satu dari contoh penyelewengan dan dana negeri.

Di peringkat national pula BN menang dengan cukup bergaya dalam siri-siri prk sepanjang tahun 2008,  hingga 2011, bermula dengan kemenangan bergaya bekas pengerusi felda, tan sri isa samad di prk bangan pinang, momentum di teruskan di hulu selangor, galas, batang ai, kerdau, batu sapi, merlimau, tenang dan menang besar pilihanraya negeri sarawak.

Ketika itu, semua human kata, perghh BN unbeatable, hayat pakatan di 5 negeri yang mereka tawan tu lepas pru 13 habis la, BN superb dan macam-macam lagi...

Ditambah pula dengan peristiwa berdarah di Lahad Datu, maka modal BN untuk menang besau dan rampas balik negeri yang terlepas tu makin terang benderang bercahaya..

Ending-nya....

Pada pru ke13, BN hilang 7 kerusi parlimen dan hilang 71 kerusi dewan undangan negeri, perlu di ingat, ketika itu, isu yang kena atas batang hidung BN tak banyak, pembangkang kerap berzikir dalam rapat-rapat umum mereka isu altantuya, apco, apco, altantuya, nfc, altantuya, apco, nfc. hanya itulah modal pembangkang dari siang, malam, pagi, petang, subuh senja... isu yang di tembak oleh BN kepada pembangkang seperti yang aku sebutkan di atas tadi dan isu-isu lain, malah bekas ahli DAP yang bernama Razali Rahman di hayak ke hulu ke hilir oleh beberapa agensi kerajaan dengan membogelkan agenda DAP sekiranya memerintah malaysia menguatkan lagi jentera serangan BN.

Ending-nya...

BN hanya dapat 133 kerusi parlimen, tewas perkiraan undi majoriti kepada pembangkang, berjaya merampas kedah dan perak tetapi  tidak memenangi 2/3 majoriti di Perak ( BN: 31, Pakatan: 28), Terengganu (BN: 17, Pakatan: 15), Kedah (BN: 21, Pakatan: 16), dan Negeri Sembilan (BN: 22, Pakatan:14) dan lebih malang lagi, ada 4 orang menteri kita yang menang dengan majoriti bawah 1000 undi dan ada 7 pakcik menteri kita menang dengan majoriti bawah 3000 undi.

JADI DI MANA SILAPNYA?

Berbalik kepada tajuk di atas...

Aku sambung next week la ekk, mengantuk ler... 

So pada sape yang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni, korang layan la lagu ni...

ingat kalau nak komen, komen yang murni-murni je...

Comments

Anonymous said…
Bro..
BN bakal tumbang sebab gst..kita sorot sebelum gst ekonomi avak stabil tapi lepas gst..tgk rakyat mcm aku ni mcmana..huh...
Anonymous said…
Ini komen bangang...tang mana gst yg buat ekonomi tak stabil tu?..
Anonymous said…
Bro...
Kupasan yang baik dan berfakta bro..tq..walaupun aku bukan BN..
Anonymous said…
Bro, nak tanya sepanjang gst berjalan ni berapa hari ko dh makan pasir sehari semalam? Cakap macam kebulur sepanjang masa je

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID