LIWAT: Anwar Tidak Percaya ALLAH Boleh Berlaku Adil

Mengapa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan Polis bahawa Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu?

Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim?
Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini.
Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.
Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?

Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf.
Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.

Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu.

Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biarpun banyak data sebelum ini.
Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?

Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam.
Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?

Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah.
Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap Saiful.

Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya. Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?
Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Datuk Seri Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.

Comments

Anonymous said…
lawak,
Mahkamah Kangaroo sap anak percaya
macam filem Hindustan saja
yang salah lepaih
yang tak salah kena
yang tuduh sembunyi
bawah KETIAK BUSUK!
Anonymous said…
ok gak ko punya idea ni.. kalu ko caya allah adil biorle ditunjukkan kat dunia ni juga org yang bersalah.. kena panah petir ke..dimusnahkan dengan secara perlahan-lahan tapi menyakitkan... disiksa sepanjang hayat..hidup tapi tak berupaya buat apa-apa sampai dia melihat orang yang menganiaya dia selamat aman bahagia..kan saiful kannn...doa orang teraniaya mudah mudahan makbul..sabor je la saiful
mrf said…
heh memang sah la si anwar ni kaki liwat sejak kat um lagi..

apa lagi yang korang nak pertahankan anwar tu..aku pon sokong dia..tapi aku tak menafikan dia meliwat..tu hak peribadi dia..hal peribadi dia..bukti dah nyata..polis semua dah tau..memang ada bukti kukuh..cuma memang senang nak buat pertuduhan, tapi bila naik mahkamah, apa2 boleh berlaku..
ingat senang2 je ke nak tuduh2 orang,pendakwaraya kene kumpul semua bukti yang ada..sebelum buat pertuduhan pon sure dah buat brainstorming oleh pakar2 mengenai kes ni..

agaknya kenapa anwar tak sedia nak bersumpah dengan nama Allah? nak bagi DNA pon banyak helah..berani kerana benar..takut kerana salah..
Anonymous said…
ye betul allah tu adil, tapi keadilan dari allah perlu ditegakkan oleh manusia jugak. Macam islam, islam itu adil,tapi indah islam itu perlu la di tunjukkan oleh org yg adil..takan nak nyerah gitu je kalau diliwat. biarla anwar buat demikian. pandangan saudara tak ubah sepertikera sumbang menyalahkan ulama' semata mata sedangkan saudara ni ngaji cukup ke???? pikir la diri sendiri yg hingusan dalam bab agama tu!!!!
Anonymous said…
awat bangangnya engkau....anwar buat lapuran dulu baru kena timbul tuduhan si si fool tuh...
mrf said…
senang2 je ckp org tak belaja agama..takkan aku nak ckp taraf pendidikan aku plak..nnti kata aku riak.. aku alumni mckk dan um..mmg aku ada dgr pasal anwar ni masa aku tgh blaja..so korang ni yg tak cukup ilmu agama,tak cukup pedoman senang sgt la terpengaruh dgn fitnah pakatan rakyat, cair dgr kata2 anwar ibrahim..korang yang otak mereng, blaja tak berkat sebab blaja kat skolah bantuan kerajaan pastu fitnah kerajaan yg bukan2..tak rasa bersyukur,kufur nikmat!!
jgn la hendaknya korang ni diterbalikkan seperti kaum luth..ingat, anwar dah beberapa kali menggegarkan arash dgn perbuatannya...
Anonymous said…
Hebat la penulis ni... patut la, org MCKK & UM. Hmmm... aku peduli apa ko ni alumni mana? Kalau dah songsang tu songsang la jugak. Sudah la tu weii... cuba ko dengar balik hujah MCKK ko ni: "blaja tak berkat sebab blaja kat skolah bantuan kerajaan pastu fitnah kerajaan yg bukan2..tak rasa bersyukur,kufur nikmat!!" Hebat daya pemikiran MCKK ko. Apa, ko ingat semua orang yang masuk sekolah kerajaan kena otomatik sokong kerajaan? Apa, kerajaan tu ma'sum ke, sampai tak boleh dicabar? Ulama mana yang ajor ko ni yob? Dah la, malas nak layan mamat dungu mcm ko ni, berhujah 7 hari 7 malam pun tak ke mana kalo dah hati keras...
mrf said…
lagi dungu org yg menyokong pakatan rakyat..ulamak nik aziz yg cacat pemikiran tu pon korang angkat sebagai ulamak..kalau taraf ulamak, dia akan sokong penyatuan umno dan pas untuk kekuatan bangsa melayu dan agama..tapi nik aizi lagi suka nak hancurkan melayu islam umno dan berkawan dgn dap kafir anti islam semata-mata untuk kepuasan diri sendiri??

mmg la kalau skolah ,terima subsidi kerajaan tak semestinya kene sokong kerajaan..tapi jgn korek bende yg negatif saja,yg benda positif kerajaan buat korang tak penah ungkit..tak pernah puji pon..pakatan rakyat apa jasanya?dh berapa bulan memerintah apa yg diorg buat?takde apa2 melainkan cuba korek kesalahan kerajaan dulu..kerja lain tak buat,carik kesalahan tak habis2..sampai bila pon takde kemajuan..kalau ada pon projek babi mega kat selangor..tu je la

habis tu korang sokong pakatan rakyat,pakatan rakyat tu maksum ke sampai tak boleh nak cabar, korang je yg betul ke??

Popular posts from this blog

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.