ini petikan berita dari sinar harian 24/11/08 Komen Azmin Ali. DAKWAAN JADI MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK BERASAS. Dakwaan yang dilemparkan terhadap saya bahawa akan menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas. Tuduhan tersebut adalah dilihat sebagai satu cubaan untuk menggugat dan mahu melihat berlakunya pergolakan didalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu tuduhan jahat yang sengaja melaga-lagakan pemimpin Parti keAdialn Rakyat dan komponen parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor terutamanya.Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan dan tidak mempercayai khabat angin yang direka-reka. Saya secara peribadi menyatakan mendukung penuh kepimpinan serta pentadbiran negeri Selangor dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim. Sebagai pemimpin yang berkerja dalam satu pasukan, matlamat utama adalah memastikan agenda dan rangka perjuangan PR dapat diurus degan baik.Pelbagai agenda rakyat dilaks...