Azmin Ali bakal MB Selangor

ini petikan berita dari sinar harian 24/11/08 Komen Azmin Ali.

DAKWAAN JADI MENTERI BESAR SELANGOR TIDAK BERASAS.

Dakwaan yang dilemparkan terhadap saya bahawa akan menggantikan tempat Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas. Tuduhan tersebut adalah dilihat sebagai satu cubaan untuk menggugat dan mahu melihat berlakunya pergolakan didalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.

Selain itu, saya menganggap ini merupakan satu tuduhan jahat yang sengaja melaga-lagakan pemimpin Parti keAdialn Rakyat dan komponen parti komponen Pakatan Rakyat di Selangor terutamanya.Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan dan tidak mempercayai khabat angin yang direka-reka.

Saya secara peribadi menyatakan mendukung penuh kepimpinan serta pentadbiran negeri Selangor dibawah Tan Sri Khalid Ibrahim. Sebagai pemimpin yang berkerja dalam satu pasukan, matlamat utama adalah memastikan agenda dan rangka perjuangan PR dapat diurus degan baik.Pelbagai agenda rakyat dilaksanakan sepanjang tempoh lapan bulan dibawah naungan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau juga bersungguh-sungguh menrik pelabur asing ke negeri Selangor bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia.Jadi tidak timbul sebarang dakwaan bahawa saya akan menggantikan tempat beliau dan mempertikaikan kredibilitinya selaku Menteri Besar.

Azmin Ali.

sebenarnya desas-desus mengenai Azmin akan mengantikan Khalid Ibrahim telah lama kedegaran penulis pernah menulis dalam blog ini berberapa bulan yang lalu, sekarang penulis akan memposting kan semula artikel itu...

Azmin Ali ganti Khalid Ibrahim

9 July 08 3.30pm
Menurut satu sumber rapat dari Pejabat SUK Negeri Selangor berkata Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat untuk meletakkan jawatan Menteri Besar, beliau akan mengumumkan perletakkan jawatan beliau itu di satu tarikh yang akan di tetapkan nanti, sumber turut berkata, punca Khalid Ibrahim ingin melepaskan jawatan MB itu berikutan terlalu banyak masaalah dalaman yang berlaku dalam pentadbiran negeri dan berberapa anak syarikat yang sehingga sekarang ini belum dapat di selesaikan lagi,

Beliau juga berasa kesal dengan tindak tanduk berberapa EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN yang langsung enggan memberi kerja sama kepada beliau, perkara itu akan di maklumkan kepada DYMM Sultan Selangor sedikit masa lagi, buat masa sekarang ini Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mendraf surat perletakan jawatan beliau itu.

menurut sumber juga, setakat ini SUK telah menyenaraikan dua nama sebagai pengganti Khalid, antara yang di sebut-sebut ialah YB Hassan Ali dan YB Azmin Ali, juga di beritahu Khalid lebih meninginkan Azmin Ali menggantikan beliau dan ia di persetujui oleh Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim, sekiranya ini berlaku, bermakna barisan Exco Kerajaan Negeri juga akan turut berubah, besar kemungkinan sekiranya Azmin Ali di lantik menjadi MB, maka berberapa ahli Exco dari PKR dan PAS akan di tukar.

p/s baru 100 hari, selangor dah dapat 2 MB, kalau 200 hari, tak tau la berapa mb yg selangor dapat.

http://darulehsantoday.blogspot.com/2008/07/azmin-ali-ganti-khalid-ibrahim.html

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

TIADA SIAPA INGINKAN NAJIB BEBAS.